Zaman teknologi semakin maju, laptop sudah menjadi satu keperluan setiap rumah untuk memilikinya. Penggunaan laptop amat menyenangkan tidak kira yang sedang bekerja ataupun masih belajar. Bagi pelajar terutamanya, jika anda memiliki laptop, tidak perlu lagi ke kafe siber atau perpustakaan untuk menggunakan internet bagi melangsaikan tugasan kuliah.
Pelbagai ciri-ciri menarik telah pun dibangunkan di dalam laptop untuk membantu anda melangkah lebih jauh dengan teknologi semasa. Malah kebanyakan laptop sangat ringan dan harganya pula mampu untuk dimiliki. Ayuh lihat senarai laptop terbaik dibawah.
- MSI THIN GF63 9
MSI merupakan salah satu laptop yang seringkali menjadi pilihan kaki gamers kerana kebanyakan model laptopnya mempunyai ciri-ciri seperti laptop gamer professional pada harga bajet. Dilengkapi dengan inovasi NVIDIA Max-Q, ia merupakan cip yang paling nipis dengan sistem pemprosesannya terpantas dan beroperasi dengan senyap.
Jika anda teringin untuk menggunakan model flagship terkini, MSI GS63VR Stealth Pro tetapi tidak mempunyai bajet yang tinggi, laptop ini adalah untuk anda. Binaannya yang tampak classy dengan body metal hitam trim merah, paparan skrin dengan bezel yang nipis, dan specs yang mengagumkan adalah saling tidak tumpah seperti model flagship nya.
Laptop gaming ini juga sangat ringan sehingga anda boleh letakkan sahaja di atas riba semasa bergaming atau dibawa ke mana-mana tanpa membebankan. Bukan itu sahaja, MSI juga sentiasa menawarkan keyboard yang selesa bagi gamers termasuklah pada model-model laptop mid-range nya.
- ACER ASPIRE 5 A514-52G-52HP
Laptop ini mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce MX350 dengan keupayaan 4 kali ganda berbanding dengan kekuatan laptop biasa. Ia sesuai untuk tugasan 3D modelling seperti pembentukan pelan bangunan dan anggaran ukuran serta tugasan grafik 2D dan 3D tanpa lagging.
Ia juga mempunyai RAM yang boleh diuppgrade sehingga 16GB! Berbanding dengan laptop lain yang kami senaraikan, laptop ini memiliki storage terbesar dengan 512 SSD. Dengan menggunakan prosessor terkini, Intel® Core i5-10210U dengan turbo boost sehingga 4.2 GHz, laptop ini sangat pantas dan cekap untuk aplikasi AutoCad.
Specs yang ada pada laptop ini ditawarkan pada harga yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan laptop pada harga premium seperti Dell XPS 13 dan Macbook. Berdasarkan research kami, laptop dengan specs tinggi seperti ini kebiasaannya berharga 3 ribu ke atas dan boleh mencecah sehingga berbelas ribu.
- ACER ASPIRE E15 E5-576G
Pelajar mahupun pekerja kebiasaannya terpaksa menghadap skrin dengan agak lama. Berita baik untuk anda, laptop ini dapat bertahan sehingga 10 jam walaupun dengan programming yang berat! Bukan itu sahaja dengan gabungan prosessor Intel Core i5-8250U, 4GB RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB, storage sebanyak 256GB SSD dan grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2 GB GDDR5 VRAM, anda tidak perlu risau laptop lagging semasa menggunakan software yang berat secara serentak.
Dengan adanya i5-210U processor ini, bateri akan tahan lebih lama dan memudahkan anda untuk menyiapkan kerja atau assignment. Anda boleh multi-task, browse internet dan streaming tanpa lagging. Walaupun RAM permulaan hanyalah 4GB, para reviewer online bersetuju bahawa performance laptop ini adalah lebih baik dari jangkaan dan tidak menjejaskan kelajuan dan kualiti kerja. Jika anda mahu performance yang lebih mantap, upgrade sahaja RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB.
- LENOVO IDEAPAD 330S
Adakah anda mahu menjadikan Instagram Influencer atau Youtube Creator sebagai satu kerjaya? Pastikan anda melaburkan wang anda pada laptop yang mempunyai processor yang kuat, selain daripada memori dan storage yang besar. Ia adalah amat penting untuk menampung softwares yang sering digunakan seperti adobe photoshop, adobe illustrator dan bermacam- macam lagi aplikasi
Apa yang membuatkan editor tertarik dengan laptop ini adalah specs nya yang terkini, dan performancenya yang jauh lebih bagus dan berkualiti apabila dibandingkan dengan harganya yang murah. Dengan processor terkini Intel Core i5-8250U Processor, 8GB RAM, dan 2TB storage, kerja-kerja designing dan video editing anda pasti akan lebih lancar walaupun perlu menggunakan software yang berat.
Anda juga tidak perlu risau tidak cukup storage untuk menyimpan hasil kerja anda yang rata-rata memerlukan storage yang besar. Setelah membuat research yang mendalam, boleh kami katakan model ini adalah amat ‘rare’ kerana begitu susah untuk mendapatkan specs setinggi ini dengan harga bawah RM 2500.
- DELL XPS 13 (9370) ULTRABOOK UHD NOTEBOOK
Laptop ini cukup bagus untuk digunakan dalam proses mengedit gambar atau photoshop lebih pantas dan dilengkapi pula dengan CPU 8th Generation Intel. Jika anda banyak menghadap laptop untuk melangsaikan kerja, laptop ini tidak akan menyakitkan mata akibat terlalu lama merenung ke skrin. Sentuhan touchpadnya juga super sensitif, membantu kerja anda dengan lebih efektif.
Pergi sahaja ke mana-mana laman web review, anda pasti akan dapat lihat betapa laptop ini menjadi kegemaran pengguna dan reviewer di dalam mahupun luar negara. Laptop ini sering dilabel sebagai laptop terbaik secara keseluruhan selama beberapa tahun berturut-turut, Editor sendiri menggunakan laptop dari generasi awal range ini selama hampir 10 tahun dan ia masih berfungsi dengan baik. Jadi adakah harganya yang sedikit tinggi berbaloi? Sudah semestinya!
- ACER SWIFT 5 SF514-54T-52AS
Bagi pelajar accounting, kebanyakan masa dihabiskan dengan merenung spreadsheet dan nombor di skrin yang memerlukan simpanan yang besar. Namun begitu, 4 GB RAM adalah mencukupi bagi mereka yang menggunakan online software. Jika anda ingin menggunakan software seperti Quickbooks, adalah disarankan agar mencari laptop yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 GB RAM.
Pelajar accounting juga disarankan untuk mendapatkan laptop dengan skrin yang mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 13 inci supaya penglihatan tidak terjejas akibat merenung spreadsheet pada skrin yang kecil dengan terlampau lama.
ACER Swift 5 SF514-54T-52AS menepati kesemua ciri tersebut malahan lebih lagi. Selain daripada mempunyai RAM yang tinggi dan processor terkini yang mampu menampung aplikasi accounting yang perlu digunakan, ia juga mempunyai storage yang besar supaya anda dapat menyimpan kerja yang mempunyai data yang banyak di dalam fail-fail yang bersaiz besar.
Diperbuat daripada magnesium-lithium dan magnesium-aluminium, laptop ini merupakan laptop ternipis yang ada di pasaran kini. Sangat ringan dengan keberatan hanya 990g, anda boleh membawa laptop ini kemana sahaja. Walaupun nipis dan ringan, laptop Acer ini mampu ‘bekerja’ seperti laptop lain dengan lebih lancar.
- ASUS VIVOBOOK E12 E203
Apalah gunanya laptop yang mahal-mahal jika ia hanya menyusahkan untuk dibawa jika ia berat dan perlu selalu dicharge kerana bateri yang lemah dan tidak tahan lama. Sebuah laptop yang ringan dan mudah dibawa kemana-mana adalah satu keperluan supaya dapat melaksanakan tugasan dengan lancar tanpa beban tambahan.
Dengan berat 0.99 kg, laptop ini adalah yang paling ringan di pasaran pada harga yang cukup murah dan berbaloi. Baterinya juga mampu untuk bertahan sehingga 10 jam tanpa cas. Kini anda tidak perlu lagi membawa ac adapter ke sana ke mari atau berusaha mencari plug untuk charge laptop anda semasa sedang sibuk melaksanakan tugasan sepanjang hari.
Lebih menarik lagi, laptop ini tidak menghasilkan sebarang bunyi semasa penggunaannya, kerja anda akan langsai dalam masa yang pantas tanpa sebarang gangguan baik di kuliah mahupun di perpustakaan. Laptop ini juga dilengkapi dengan teknologi ‘Tru2life’ yang memberikan grafik & video yang lebih ‘sharp’ dan juga sistem SonicMaster bagi memberi pengalaman audio yang lebih mantap. Ciri-ciri ini pasti dapat membantu anda menghasilkan bahan presentation yang lebih menarik.
Bagaimanapun, sizenya yang kecil dan kompak menjadikannya hanya mampu menampung storage dan memori yang kecil. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membeli kad microSD sebagai backup.
- HP PAVILION X360 DH1010TX
Kuasa dan kelajuannya menjadikan semua yang anda lakukan sepantas kilat dan responsif, tugasan boleh dilakukan multitasking dengan mudah. Laptop jenis ini mudah untuk ditukarkan ke bentuk tablet, semudah pen dan kertas.
Dengan berat hanya 1.586 kg, anda boleh membawa dan menyiapkan kerja di mana-mana. Laptop ini juga mempunyai teknologi HP Coolsense yang membantu untuk mengelakkan laptop daripada overheat apabila digunakan dengan terlalu lama. Bateri 3-cell 52 WHr Lithium-ion nya menjadikan laptop ini bertahan selama 7 jam, pasti cukup untuk menyiapkan kerja atau assignment anda.
Berbekalkan resolusi skrin 1366 x 768, laptop ini mampu memberi paparan yang jelas supaya anda tidak sakit mata. Dilengkapi 1TB 5400 rpm hybrid hard drive, anda boleh memiliki laptop ini dengan harga mampu milik dibawah RM 3,000. Ideal buat anda yang gemarkan laptop mudah untuk digunapakai, terbaik dari HP!
laptop yang bagus utk dibeli jenama apa