Projektor ialah peranti yang akan membantu memaparkan imej atau video dari komputer atau komputer riba ke skrin atau dinding dan menghasilkan imej yang lebih besar. Alat ini akan mengintegrasikan sistem cahaya atau optik untuk memaparkan imej. Hari ini saya juga nak kongsi tips memilih projektor yang bagus berdasarkan perkongsian Cikgu Nana dalam menyampaikan PdP sebagai guru.
Projektor biasanya digunakan untuk membuat pembentangan di dalam kelas atau pejabat supaya persembahan dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang. Namun, pada masa kini projektor bukan sahaja digunakan untuk pembentangan, tetapi juga untuk keperluan hiburan seperti menonton movie kegemaran anda!
Epson EB-E10 XGA 3LCD Projector!
Salah satu projektor yang saya boleh recommend untuk anda cuba ialah Epson EB-E10 XGA 3LCD Projector!
Anda boleh order di website MONALIZA DI SINI (EPSON EB-E10 3LCD PROJECTOR)
Kelebihan Epson EB-E10 XGA 3LCD Projector
- Cipta pengalaman skrin besar: Daripada set kotak kepada pembentangan perniagaan, tarik perhatian semua orang.
- Fleksibiliti dan mudah alih yang luar biasa memudahkan anda memasangnya di mana-mana dalam bilik darjah tanpa perlu bersusah payah. Kini anda boleh menarik dan mengekalkan perhatian pelajar untuk mencapai penumpuan maksimum.
- Jangan biarkan keperluan anda untuk projektor perniagaan menghalang anda daripada menikmati filem blockbuster di skrin besar di rumah. Projektor XGA serba boleh ini boleh melakukan kedua-duanya. Walaupun terdapat cahaya ambien, 3,600 lumen dan teknologi 3LCDnya mampu memberikan gambaran yang terang dan jelas. Dan hayat lampunya yang sangat panjang bermakna ia berbaloi untuk wang. Lampu tahan lamanya, yang menyampaikan sehingga 12,000 jam dalam Mod ECO3, mengurangkan kos penyelenggaraan.
- (Various Interfaces)
Projektor perniagaan Epson menyokong pelbagai pilihan sambungan termasuk HDMI, VGA dan USB. Antara muka ini menyokong sambungan kepada kedua-dua peranti digital terkini serta warisan produk analog yang sedia ada tanpa memerlukan penyesuai.
- (Long-lasting Solution) Mencari penyelesaian jangka panjang, tanpa kerumitan dan mampu milik untuk keperluan projection anda? Sumber cahaya lampu tahan lama model ini memberikan anda hiburan selama 18 tahun. Warranty 2 tahun (carry-in).
Review
Daisuke Hori, Pengarah Urusan Epson Malaysia berkata, “Dengan rangkaian projektor baharu ini, Epson menetapkan penanda aras baharu untuk persembahan perniagaan berkualiti tinggi, mengukuhkan kedudukan peneraju pasarannya dalam industri. Dengan menetapkan peringkat untuk beralih daripada SVGA ke XGA sebagai standard resolusi minimum, kami mengoptimumkan keseluruhan pengalaman pembentangan untuk pelanggan perniagaan kami, memberikan kualiti yang lebih baik daripada sebelumnya. Kami berbangga dan teruja untuk melancarkan rangkaian ini, yang menggabungkan kualiti dan kemampuan tercanggih untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.”
Projektor siri E10 Epson juga menampilkan ketersambungan yang mantap dengan Miracast serta port analog lama tanpa perlu mencari penyesuai untuk menjadikannya berfungsi.
(Hitechcentury, 2020)
(sumber gambar review: pbtech, 2021)
Technical Data
Model | EB-E10 |
Projection Technology | RGB liquid crystal shutter projection system (3LCD) |
Native Resolution | XGA |
Lens Type | Optical Zoom (Manual) / Focus (Manual) |
Lens Focal Length | 16.7mm |
Lens Zoom Ratio | 1.0 – 1.35 (Digital Zoom) |
Lens Throw Ratio | 1.45 – 1.96 (Wide – Tele) |
Lamp Type | 210W UHE |
Lamp Life Cycle (Normal/Eco) | 6,000 hours / 12,000 hours |
Bright Output | 3,600lm (Color); 3,600 (White) |
Contrast Ratio | 15,000:1 |
Internal Speaker | 2W (Monaural) |
Keystone Correction (Vertical / Horizontal) | ± 30° / ± 30° |
Auto Keystone | Yes (Vertical only) |
Connectivity |
Analog input: D-sub 15pin (Blue) Digital input: HDMI USB input: USB Type B (Firmware update, Copy OSD Settings) |
Power Consumption |
Lamp On (Normal / Eco): 282W / 203W Stand By (Network On / Off): 2.0W / 0.2W |
Fan Noise (Normal / Eco) | 37dB / 28dB |
Dimension Excluding Feet (D x W x H) | 237 x 302 x 82 mm |
Weight | Approx.2.4kgs |
(sumber technical data: unbox.my, 2021)
Tips Memilih Projektor Yang Bagus
Projektor merupakan salah 1 alat bantu mengajar yang kerap digunakan oleh guru, namun disebabkan penggunaannya yang terhad kerana bilangan yang ada di sekolah mungkin hanya 1 atau 2 sahaja.Harga bagi sebuah projektor pula tidak kurang mahalnya terutamanya untuk projektor yang baik dan berkualiti. Memang ada yang menjual LED Projector yang harga murah serendah RM350 sahaja, namun anda pasti akan menyesal kerana ia tidak jelas untuk digunakan di dalam kelas, bahkan hanya boleh digunakan di dalam bilik yang betul-betul gelap sahaja.
Antara tips memilih projektor yang bagus berdasarkan pengalaman Cikgu Nana dan perkongsiannya di Blog Cikgu Nana:
- Beli yang LCD bukan LED ; LED tak bagus untuk tempat yang ada pencahayaan yang tinggi. Paparan tak jelas. Yang paling canggih DLP tapi agak mahal la. So paling sesuai LCD.
- Beli yang ansi lumen (Brightness) melebihi 2500 so untuk tempat yang secerah kelas, anda akan nmpak ianya jelas.
- Nisbah kontras yang bagus untuk PdP lebih kurang 2000: 1 so warna yang terpapar di skrin tu lebih jelas dan nampak kontranya.
- Berat yang biasa manusia normal boleh bawak dalam 2 kg macam tu. Jangan pulak korang pi beli yang seberat-berat alam. Naya ke hulu ke hilir nak ngangkutnye.
Penutup
Kami harap cara yang kami kongsikan ini dapat membantu anda memilih projektor yang bagus. Projektor yang dicadangkan iaitu Epson EB-E10 XGA 3LCD Projector juga mempunyai maklum balas yang baik yang pastinya membuat anda lebih yakin untuk mendapatkannya. Anda boleh order di website MONALIZA DI SINI (EPSON EB-E10 3LCD PROJECTOR).
Nak beli printer? Nak beli powerbank ? Nak beli laptop? Jom kedai komputer Monaliza. Kalau pening tak tahu nak pilih model apa, staff kami sedia membantu anda. Jangan lupa scan MySejahtera, pakai pelitup muka, pakai hand sanitizer dan amalkan jarak sosial selamat ya.
Ramai kan yang masih tak tahu cara nak membeli di website Monaliza?
Add comment