Bagaimana dengan kebolehan menaip anda? Kelajuan anda menaip dalam seminit? Bagaimana cara menaip laju? Satu skill yang diperlukan ketika menggunakan komputer ialah menaip dengan laju menggunakan kesemua sepuluh jari! Kelajuan menaip diukur menggunakan wpm (words per minute) atau berapa perkataan kita boleh taip dalam masa seminit. Perisian Amalan Menaip 10 Jari yang akan saya kongsikan ini, mampu meningkatkan kemampuan anda untuk membiasakan diri dengan komputer dan meningkatkan refleks anda.
Manfaat skill menaip pastinya menjimat masa anda sama ada untuk menyiapkan dokumen atau menghantar email atau menyiapkan tugasan yang diberikan. Memiliki skill ini juga membolehkan anda menjadi seorang yang aktif dan produktif dalam melakukan suatu pekerjaan. Jika anda menaip dengan cepat dan tepat, ia mampu meningkatkan tahap fokus anda terhadap kesalahan yang dilakukan pada struktur ayat ketika anda menaipnya.
“Salah satu cara untuk anda membiasakan diri dengan menaip cepat adalah menaip secara perlahan-lahan sambil mengingati sedikit demi sedikit tentang kedudukan perkataan di papan kekunci (keyboard). Atau, anda boleh menaip sebarang esei pendek sama ada bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu atau apa sahaja jenis bahasa yang mudah difahami oleh anda bagi melatih saraf motor anda mengingati lokasi perkataan di paparan kekunci. Selepas beberapa minggu, anda pasti dapat menaip dengan cepat dan tepat jika latihan dilakukan secara konsisten.”
Fantech Gaming Keyboard K513 Booster RGB
(Anda boleh order di SINI)
Bagaimana Cara Menaip Laju?
(sumber: OnlineTyping.org)
Letakkan jari kanan di atas kekunci kanan adalah bahagian utama menaip sentuh. Terdapat tiga baris huruf dalam papan kekunci QWERTY. Baris tengah (asdfg) dipanggil ‘Home Row‘. It is the base of your fingers.
Sekarang lihat gambar di atas, anda akan menemui jari apa yang harus anda gunakan untuk menekan kekunci tertentu.
Meletakkan jari pada Home Row selalu menjadi posisi permulaan setiap kali anda memulakan sesi menaip papan kekunci/keyboard. Oleh itu, biasakan meletakkan lapan jari ini pada lapan kunci yang sesuai di ‘Home Row’.
Letakkan jari telunjuk anda di atas kekunci “F” dan “J” dan rasakan plastik tinggi yang menjadikan kunci ini unik. Sekarang cuba hafal susun atur papan kekunci. Saya tahu ianya sukar dan hampir mustahil untuk mengingat sepenuhnya kedudukan kunci tertentu. Oleh itu, jika anda tidak dapat menghafal susun atur, jangan risau, banyakkan latihan.
Peraturan Menaip Asas:
- Jangan melihat papan kekunci semasa berlatih.
- Gunakan butang shift untuk menaip huruf besar.
- Untuk menekan kekunci shift gunakan jari kecil anda.
- Jangan memaksa diri untuk menaip dengan pantas, ini dapat mengurangkan kadar ketepatan.
3 Perisian Amalan Menaip 10 Jari Yang Anda Boleh Cuba
Pertama: 10fastfingers
“10fastfingers menawarkan Permainan Uji Kelajuan Menaip dalam talian percuma dalam pelbagai bahasa. Anda boleh mengukur kemahiran menaip anda dan meningkatkan kelajuan menaip anda.”
Ini adalah contoh latihan yang diberikan, anda boleh cuba link INI , untuk latihan menaip dalam Bahasa Melayu.
10fastfinger INI BEST! Anda dapat melihat seberapa cepat anda menaip dan membandingkan kelajuan dengan rakan anda. Terdapat banyak bahasa yang ditawarkan. boleh klik Language dan pilih bahasa yang anda ingin guna sebagai latihan.
Mudah sahaja, anda boleh taip mengikut perkataan yang diberikan seperti gambar di atas. Masa yang diberikan akan automatik berjalan semalam seminit setelah kita mula menaip menggunakan papan kekunci/keyboard dalam kotak yang disediakan.
Kedua: ZType
“We have the perfect combination: ZType is a fast, entertaining action game, combined with a virtual keyboard, so you can enjoy learning to spell and type faster.”
Menariknya mengenai Ztype, ia membolehkan pengguna memuat naik perkataan sendiri, tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Contohnya dalam Chanel YouTube Joe Lam memuat naik perkataan dari Wikipedia dan bagaimana permainan ini dimainkan dengan menggunakan papan kekunci/keyboard. BEST! sebab anda boleh berlatih menaip sambil main game.
Ketiga: Online Typing.org
Online Typing.org INI adalah kelas menaip FREE dalam talian. Dipecahkan kepada beberapa bahagian yang memudahkan anda belajar. Sebaiknya, anda berlatih sekurang-kurangnya 20 kali untuk setiap latihan yang diberikan. Untuk mengasah kelajuan dan ketepatan skill menaip anda.
Free Online Typing Lesson (di SINI)
Laman web Online Typing.org Best sebab ada FREE Online Typing Lesson ! Wajib dikunjungi jika anda ingin belajar menaip menggunakan 10 Jari! Laman web ini akan mengajar segala asas yang perlu anda lakukan.
Penutup
Kesimpulannya, sekiranya anda betul-betul ingin menguasai skill menaip, maka laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya. 3 perisian amalan menaip 10 Jari yang saya kongsikan ini adalah cadangan untuk anda berlatih dalam meningkatkan ketangkasan dan ketepatan menaip. Apabila anda memiliki tahap fokus yang tinggi, proses kerja anda lebih terurus dan sistematik secara tidak langsung!
Add comment