Laptop atau komputer riba bagi pelajar sebaiknya kecil, ringan dan boleh dibawa dengan beg galas. Selain daripada bermain game (gaming), mengedit video dan live/video streaming, ia juga boleh digunakan oleh pelajar sekolah dan universiti untuk menyiapkan kerja sekolah atau assignment seperti suntingan video dan animasi, essay dan presentation.

Berikut cadangan laptop berharga bawah RM 3,000 yang ideal untuk para pelajar berdasarkan course masing-masing.

LENOVO IDEAPAD 330S

CPU : Intel Core i5-8250U Processor ( 1.60GHz 2400MHz 6MB ) | Grafik : AMD Radeon 540 2GB GDDR5 |  Memori : 4.0GB PC4-19200 DDR4 SODIMM 2400MHz + 4.0GB PC4-19200 DDR4 Soldered 2400MHz  |  Storage : 2TB 5400 | Skrin : 14.0″FHD IPS LED Backlight AntiGlare 1920×1080 | OS : Windows 10 Home Single Language 64

Perkataan kualiti dan murah jarang datang seiring. Tetapi lain pula halnya dengan laptop ni. Bagi pelajar graphic design dan multimedia, processor yang kuat, memori dan storage adalah amat penting untuk menampung softwares yang sering digunakan seperti adobe photoshop, adobe illustrator dan bermacam- macam lagi.

Apa yang membuatkan editor tertarik dengan laptop ini adalah specs nya yang terkini, dan performancenya yang jauh lebih bagus dan berkualiti apabila dibandingkan dengan harganya yang murah. Dengan processor terkini Intel Core i5-8250U Processor, 8GB RAM, dan 2TB storage, kerja-kerja designing dan video editing anda pasti akan lebih lancar walaupun perlu menggunakan software yang berat.

Anda juga tidak perlu risau tidak cukup storage untuk menyimpan hasil kerja anda yang rata-rata memerlukan storage yang besar. Setelah membuat research yang mendalam, boleh kami katakan model ini adalah amat ‘rare’ kerana begitu susah untuk mendapatkan specs setinggi ini dengan harga bawah RM 3000.

ACER ASPIRE E15 E5-576G

CPU : Intel® Core™ i5-8250U processor (6 MB Smart Cache, 1.6 GHz with Turbo Boost up to 3.4 GHz) | Grafik : NVIDIA® GeForce® MX130 (2 GB GDDR5 dedicated) |  Memori : 4G DDR3L boleh diupgrade sehingga 16GB DDR3L x 2  |  Storage : 1TB SATA HDD | Skrin : 15.6″ Full HD 1920 x 1080, Acer ComfyView LED, supporting Acer ColorBlast technology | Berat :  2.2 kg  | OS : Windows 10 (64bit)

Laptop yang paling popular pada tahun ini di bawah kategori bajet. Google sahaja nama laptop ini, anda akan dapat lihat sendiri feedback-feedback positif daripada pengguna mahupun reviewer.

Pelajar sains computer kebiasaannya terpaksa menghadap skrin dengan agak lama. Berita baik untuk anda, laptop ini dapat bertahan sehingga 10 jam walaupun dengan programming yang berat!  Bukan itu sahaja dengan gabungan prosessor Intel Core i5-8250U, 4GB RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB, storage sebanyak 256GB SSD dan grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2 GB GDDR5 VRAM, anda tidak perlu risau laptop lagging semasa menggunakan software seperti MATLAB & Visual Basic Studio dengan serentak.

Dengan adanya i5-210U processor ini, bateri akan tahan lebih lama dan memudahkan anda untuk menyiapkan assignment. Anda boleh multi-task, browse internet dan streaming tanpa lagging. Walaupun RAM permulaan hanyalah 4GB, para reviewer online bersetuju bahawa performance laptop ini adalah lebih baik dari jangkaan dan tidak menjejaskan kelajuan dan kualiti kerja. Jika anda mahu performance yang lebih mantap, upgrade sahaja RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB!

ASUS TUF FX505D

CPU : AMD® Ryzen™ 5 3550H | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050 GDDR5 3GB|  Memori : DDR4 2666 4G | Storage : PCIE NVME 512GB M.2 SSD | Skrin : 15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 60Hz Anti-Glare IPS-level |  Berat 522g

Boring jugak kalau asyik hadap assignment kan? Dengan laptop basic gaming ini, anda boleh bermain game sambil menyiapkan assignments.Kalau nak dibandingkan dengan laptop gaming lain di pasaran, laptop ini jauh lebih murah dan masih di bawah bajet RM 2500. Sangat berbaloi bagi student kaki gamer! Laptop ini amat popular dalam kalangan reviewer dan pengguna. Tidak percaya? Google sahaja laptop ini dan anda akan jumpa banyak feedback positif daripada pengguna dan reviewer.

Apa yang menarik adalah, body laptop ini tidak diperbuat daripada aluminium seperti kebanyakan laptop di pasaran sebaliknya, keseluruhan body nya diperbuat daripada plastik. Namun usah risau, laptop ini telah diuji dengan MIL-STD 810G iaitu standard yang diletakkan untuk askar di US dan telah lulus dari aspek ketahananan terhadap gegaran, hentakan, altitude tinggi, suhu & kelembapan. Jadi anda tidak perlu risau untuk membawa laptop ini ke mana-mana.

Walaupun mempunyai keypad yang kurang selesa dan system bunyi yang sederhana, laptop ini mempunyai feature ala-ala laptop gamer mahal seperti backlit keyboard warna merah dan grafik yang jelas.

HP PAVILION  X360

CPU : AMD® Ryzen™ 5 3550H | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050 GDDR5 3GB|  Memori : DDR4 2666 4G | Storage : PCIE NVME 512GB M.2 SSD | Skrin : 15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 60Hz Anti-Glare IPS-level |  Berat 522g

Boring jugak kalau asyik hadap assignment kan? Dengan laptop basic gaming ini, anda boleh bermain game sambil menyiapkan assignments.Kalau nak dibandingkan dengan laptop gaming lain di pasaran, laptop ini jauh lebih murah dan masih di bawah bajet RM 2500. Sangat berbaloi bagi student kaki gamer! Laptop ini amat popular dalam kalangan reviewer dan pengguna. Tidak percaya? Google sahaja laptop ini dan anda akan jumpa banyak feedback positif daripada pengguna dan reviewer.

Apa yang menarik adalah, body laptop ini tidak diperbuat daripada aluminium seperti kebanyakan laptop di pasaran sebaliknya, keseluruhan body nya diperbuat daripada plastik. Namun usah risau, laptop ini telah diuji dengan MIL-STD 810G iaitu standard yang diletakkan untuk askar di US dan telah lulus dari aspek ketahananan terhadap gegaran, hentakan, altitude tinggi, suhu & kelembapan. Jadi anda tidak perlu risau untuk membawa laptop ini ke mana-mana.

Walaupun mempunyai keypad yang kurang selesa dan system bunyi yang sederhana, laptop ini mempunyai feature ala-ala laptop gamer mahal seperti backlit keyboard warna merah dan grafik yang jelas.

ACER ASPIRE  5 A514-52G-52HP

CPU : Intel® Core i5-10210U processor (6 MB Smart Cache, 1.6 GHz with Turbo Boost up to 4.2 GHz, DDR4 or LPDDR3, 15 W) |  Grafik : NVIDIA® GeForce® MX350 (2 GB GDDR5 dedicated)  |  Memori : 4GB Onboard DDR4 (upgradable to 12GB)  |  Storage : 512G PCIe NVMe SSD  |  Skrin : 14″ display with IPS (In-Plane Switching) technology, Full HD 1920 x 1080, Acer ComfyView™ LED-backlit TFT LCD |  Berat : 1.5 kg  |  OS : Windows 10 (64bit)

Laptop ini mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce MX350 dengan keupayaan 4 kali ganda berbanding dengan kekuatan laptop biasa. Ia sesuai untuk tugasan 3D modelling seperti pembentukan pelan bangunan dan anggaran ukuran serta tugasan grafik 2D dan 3D tanpa lagging.

Ia juga mempunyai RAM yang boleh diuppgrade sehingga 16GB! Berbanding dengan laptop lain yang kami senaraikan, laptop ini memiliki storage terbesar dengan 512 SSD. Dengan menggunakan prosessor terkini, Intel® Core i5-10210U dengan turbo boost sehingga 4.2 GHz, laptop ini sangat pantas dan cekap untuk aplikasi kejuteraan dan seni bina seperti AutoCad.

Kami faham bagi seorang pelajar, agak sukar untuk mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk sebuah laptop.Tetapi bagi kami, specs yang ada pada laptop ini ditawarkan pada harga yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan laptop pada harga premium seperti Dell XPS 13 dan Macbook. Berdasarkan research kami, laptop dengan specs tinggi seperti ini kebiasaannya berharga 3 ribu ke atas. Apa salahnya jika berbelanja lebih sedikit untuk memudahkan proses menyiapkan assignment anda kan?

Microsoft Surface Go 2

Microsoft Surface Go 2 review - SlashGear

CPU : Intel® Pentium® Gold Processor 4415Y | Grafik : Intel® UHD Graphics 615 | Memori : 4 GB | Storage : 64GB | Skrin : 10.5” PixelSense™ Display | Berat 544g | OS: Windows 10 Home in S mode2

Bagi pelajar jurusan undang-undang, psikologi dan sains sosial, anda mungkin tidak perlukan laptop berkapasiti tinggi untuk menampung pelbagai software. Tetapi anda masih memerlukan sebuah laptop yang ringan dengan keyboard yang selesa untuk digunakan serta senang dibawa ke mana-mana untuk menyiapkan tugasan esei anda.

Dengan berat hanya 544 g serta skrin yang terang dan jelas, laptop dengan bateri yang dapat bertahan sehingga 10 jam ini pasti dapat membantu anda menyelesaikan tugas dengan baik dan selesa di bilik mahupun bersama rakan-rakan di dalam study group.

Namun satu perkara yang pembaca perlu tahu, laptop ini didatangkan berasingan dengan aksesori seperti mouse dan stylus. Jadi harganya mungkin akan melebihi bajet bergantung kepada keperluan anda. Elakkan daripada membeli aksesori tambahan seperti stylus jika tiada keperluan. Keyboard sahaja sudah memadai.

Lenovo Ideapad 330-15ARR 81D20063MJ

Lenovo IdeaPad 330-15ARR-81D20063MJ-Grey - Top Tech Computer

CPU : AMD RYZEN™ 5 2500U | Grafik : AMD RADEON™ 540 | Memori : 4 GB DDR4 | Storage : 2 TB HDD | Skrin : 15.6” Full HD | Berat : 2.2 kg | OS : Windows 10

Laptop yang bereka bentuk sofistikated dan moden ini menawarkan keseimbangan antara menyelesaikan tugasan dan hiburan. Kami faham tidak semua pelajar memerlukan laptop yang premium dan specs yang tinggi. Jika anda mencari laptop yang basic, tetapi sangat versatile, tahan lasak dan mempunyai paparan yang besar, kami cadangkan laptop ini untuk anda.

Laptop di bawah kategori mid-range ini mempunyai processor yang cukup pantas bagi mereka yang hanya memerlukan sebuah laptop untuk menyelesaikan tugasan asas seperti melayari internet & membuka program-program Microsoft Office.

Namun begitu, berdasarkan maklum balas daripada review-review online, laptop ini tidak mudah untuk di upgrade kepada memory yang lebih tinggi. Pengguna perlu menggunakan khidmat programmer bertauliah supaya waranti tidak terbatal. Ia juga mengeluarkan bunyi kipas yang kuat yang mungkin akan mengganggu tumpuan anda dalam menyelesaikan assignment.

 

Faktor memilih dan membeli laptop juga perlu diambil kira;

1) Bajet

Membeli laptop tidak semestinya jenama yang mahal seperti Macbook. Cukuplah sekadar dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar tanpa gangguan.

Perhatikan bajet anda terlebih dahulu. Setiap peringkat bajet, ada laptop yang bersesuaian untuk keperluan anda.

Jika bawah RM1,500, Asus dan Dell pilihan utama. Pertimbangkan HP, Acer dan Lenovo jika bajet anda adalah bawah RM 2,000. Cari testimoni pengguna untuk mendapatkan pandangan selanjutnya.

2) Spesifikasi Laptop 

Bagi anda yang mahir tentang gajet, periksa terlebih dahulu spesifikasi yang ada di dalam laptop ini. Adakah sesuai untuk penggunaan anda?

Spesifikasinya termasuklah sistem operasi, jenis tradisional atau multifungsi, saiz skrin, paparan (display), skrin sentuh (touchscreen), papan kekunci (keyboard), pad sentuh (touchpad), alat pemprosesan, kad grafik, memori, ruang penyimpanan (storage), DVD, USB port dan bateri. Jika anda kurang mahir, skip saja langkah ini.

3) Rekaan

Pastikan reka bentuk laptop yang dipilih memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Menjimatkan ruang penyimpanan sama ada di dalam beg galas atau silang.

Ringan dan keutuhan badan laptop ini mampu bertahan dengan lebih lama untuk beberapa tahun supaya tidak perlulah anda menukarnya selalu.

4) Multifungsi 

Laptop yang mempunyai sistem multifungsi 2-dalam-1 iaitu boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa dan mempercepatkan proses melangsai tugasan anda. Contohnya seperti anda melakukan tugasan teori di Microsoft Word tetapi dalam masa yang sama perlu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar atau video.

Maka, pilihlah laptop yang mampu menampung penggunaan berkapasiti  tinggi agar sistem tidak lagging.

5) Waranti

Sebelum membeli laptop, waranti adalah salah satu perkara utama yang harus anda ambil tahu. Pastikan waranti laptop yang dibeli lebih daripada 2 tahun. Untuk memudahkan anda menghantar kembali ke kilang jika berlaku apa-apa kerosakan (faulty) dalam masa 2 tahun itu. Elakkan dari membeli barangan refurbished!

 

monalizavlog

View all posts

1 comment

Your email address will not be published.