Jika sebelum ini kami ada kongsi tips untuk beli internal SSD, kali ini pula kami akan kongsi beberapa tips untuk anda yang nak beli RAM pula.
Jadi untuk pemilik Pc di luar sana yang tengah berkira-kira nak beli RAM tu anda boleh ikut 5 tips ini!
1) Jenis RAM
Anda kena kenalpasti terlebih dahulu jenis RAM yang digunakan pada Pc anda sama ada jenis DDR3, DDR3L, DDR4 atau yang terkini DDR5.
Ini kerana jika anda tersalah beli jenis RAM, RAM tersebut memang tidak dapat dimasukkan ke dalam slot pada Pc anda tadi.
Jadi untuk mengelakkan anda kerugian akibat tersalah beli, pastikan anda periksa terlebih dahulu.
Jika tak reti nak cek sendiri anda boleh juga bawa Pc anda ke kedai untuk technician cekkan.
2) Kapasiti RAM
Antara nilai kapasiti yang anda boleh pilih adalah 8GB, 16GB, 18GB atau 32GB.
Jumlah kapasiti ini sebenarnya bergantung kepada penggunaan anda pada Pc tersebut.
Jika anda menggunakan software yang memerlukan RAM besar, perlu buka tab dengan banyak dalam masa, untuk buat kerja editing atau gaming anda semestinya memerlukan RAM dengan kapasiti yang besar.
Manakala untuk penggunaan biasa, kapasiti 8GB sudah lebih dari mencukupi.
3) Kelajuan RAM
Untuk kegunaan gaming, kelajuan 3600MHz sudah mencukupi dan kalau anda yang tinggi lagi maksimum sehingga 4200MHz.
Bila berbicara berkenaan kelajuan RAM ini, anda juga kena faham berkenaan cas latency.
Cas latency adalah tempoh data dikeluarkan dari RAM jadi semakin rendah nilai cas latency, semakin laju dan semakin bagus RAM tersebut.
Nilai cas latency ini biasanya anda boleh jumpa di bahagian belakang kotak RAM.
4) Saiz RAM
Saiz RAM di sini adalah berkaitan ketinggian RAM yang akan anda beli.
RAM dengan heatsink yang terlalu besar kemungkinan tidak muat untuk anda masukkan pada motherboard Pc anda.
Jadi seeloknya anda cari RAM yang sedang elok sahaja saiznya dan sesuai dengan slot yang ada pada Pc anda.
5) Overclocking
RAM yang mempunyai kemampuan untuk overclock adalah satu bonus untuk Pc anda.
Untuk yang belum jelas, overclocking adalah proses untuk menaikkan lagi prestasi RAM tersebut.
Nak overclock RAM sebenarnya jauh lebih susah berbanding hardware lain seperti processor atau grafik kad.
Jadi jika RAM yang anda beli tu datang dengan ciri auto overclock, ia sememangnya sangat memudahkan kerja anda.
Jadi sebelum anda beli RAM untuk Pc anda, anda boleh periksa dahulu 5 ciri di atas tadi.
Jika RAM yang anda beli memenuhi ciri-ciri di atas tadi, RAM tersebut adalah yang tepat dan terbaik untuk Pc anda.
Add comment