Jika anda sedang mencari laptop baru, tak kisah untuk kegunaan macam mana, anda kena baca artikel ini.
Kami akan kongsikan dengan anda 5 model laptop terbaik untuk Bulan Julai 2023 dari harga bawah RM2,000 sehingga harga bangsawan, jom!
Asus Vivobook 15
Model pertama ini adalah laptop bajet sesuai untuk kegunaan harian seperti cikgu, pelajar dan juga pekerja pejabat.
Harganya bawah RM2,000 iaitu sekitar harga RM1,699.
Laptop lain yang harga lagi murah dari Asus Vivobook 15 ni memang ada tapi dari segi spesifikasi dan prestasi kami kurang sarankan.
Kebanyakan model entry level yang lain walaupun spesifikasi yang ditawarkan mantap, tapi akan ada kurangnya dari segi resolusi.
Untuk model Asus Vivobook 15 ini ia menggunakan processor Intel i3 gen 10, RAM 4GB, SSD NVME 512GB, saiz skrin 15.6 inci, resolusi Full HD (FHD) memang cantik sangat untuk anda layan movie, perisian Windows 11 dan anda akan dapat sekali akses Microsoft Office Home & Student secara percuma.
Kalau anda nak guna laptop ni untuk kerja-kerja menaip, masukkan data, layari internet, tengok YouTube atau movie memang tiada masalah langsung.
Cuma ada 2 kekurangannya iaitu processor laptop ini masih lagi menggunakan gen 10 yang mana kita sekarang sudah pun berada di gen 13.
Tapi disebabkan model pertama ini adalah untuk entry level jadi perbezaan prestasi antara gen 10 dan gen 13 tu tak ketara sangat.
Yang kedua dari segi RAM yang hanya 4GB sahaja, memang tidak mencukupi untuk Tahun 2023 ini.
Jadi nak tak nak anda kena tambah sekurang-kurangnya biar jadi 8GB menjadikan harganya sekitar RM1,799.
HP 15s
Model kedua ini juga harganya masih lagi bawah RM2,000.
Dari segi spesifikasi ianya tinggi sikit berbanding model pertama tadi.
Ia menggunakan processor Ryzen 5 5625U, RAM 8GB, SSD NVME 512GB, grafik kad integrated AMD Radeon, saiz skrin 15.6 inci, resolusi FHD, panel IPS, dilengkapi perisian Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student secara percuma.
Dengan model kedua ini anda sudah boleh main game yang ringan-ringan seperti Valorant dan Dota 2 tapi dengan setting yang rendah atau resolusi 720p untuk mid setting.
Sekali lagi model ini juga turut datang dengan processor gen 5 yang mana untuk masa sekarang sudah sampai gen 7.
Tapi ianya tidak memberikan perbezaan yang ketara sangat untuk model entry level seperti ini.
MSI GF63
Model ketiga ini pula antara laptop gaming terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM2,799.
Prestasi laptop ini memang sangat mantap.
Meskipun terdapat banyak sangat laptop untuk harga antara RM2,000 hingga RM3,000 di pasaran, tapi prestasi yang dipamerkan oleh laptop MSI ini jauh lebih baik.
Anda boleh buat banyak sangat task dengan laptop gaming MSI GF63 ini.
Di atas adalah graf yang kami dapat menggunakan laptop gaming MSI GF63 ini.
Kesemua game di atas anda boleh main tanpa sebarang masalah.
Cuma untuk game Triple-A anda kena rendahkan setting atau rendahkan resolusi jika nak main dengan high setting atau fps yang stabil.
Disebabkan ini adalah laptop gaming jadi reka bentuknya juga lebih menarik.
Acer Predator Helios Neo 16
Bagi laptop keempat ini ia sudah masuk dalam kategori yang agak mahal dan sesuai untuk heavy user.
Ini adalah laptop terbaru dari Acer.
Bukan sahaja spesifikasinya yang terbaru malah reka bentuknya juga yang terkini.
Dari segi prestasi pula memang tersangat mantap, sesuai dengan apa yang Acer tawarkan.
Prestasi thermal laptop ni pun cantik, memang sejuk dengan suhu di bawah 80° bila anda main kebanyakan game.
Untuk anda yang nak edit video, nak mainkan video resolusi 4k pun tiada masalah sangkut-sangkut dengan laptop ni.
Asus ROG Strix G16
Jika anda seorang content creator, nak edit video untuk jana pendapatan anda boleh dapatkan laptop kelima ini iaitu Asus ROG Strix G16.
Tapi kalau anda setakat nak guna untuk gaming, untuk belajar model ini agak overkill untuk anda.
Laptop ini menggunakan processor Intel i7 gen 13 dan grafik kad RTX 4070.
Prestasi laptop ni memang tak perlu diragui lagi, memang tersangat mantap.
Sama ada anda nak main game biasa atau game Triple-A sekali pun prestasinya memang sangat baik.
Pemilihan skrin FHD yang sangat tepat untuk laptop saiz 15.6 inci di tambah reka bentuknya juga sangat cantik.
Di bahagian hadapan laptop ini ada lightbar yang sangat menarik.
Ianya RGB tapi kalau anda nak tukar kepada 1 warna sahaja pun boleh, tiada masalah.
Jadi ini adalah 5 model laptop yang kami cadangkan untuk anda pilih mengikut spesifikasi kegunaan anda.
Sekiranya anda di antara laptop tadi yang kena dengan bajet anda, sangat berbaloi kalau anda dapatkannya.
Add comment