Anda tercari-cari tip terkini untuk beli monitor pilihan anda?
Jadi untuk Tahun 2023 ini kami akan kongsikan beberapa tip penting sebelum anda membeli sesebuah monitor sama ada untuk kegunaan harian biasa, untuk gaming mahupun untuk buat kerja seperti editing, programming dan lain-lain, jom!
Nisbah Saiz Monitor : Resolusi
Pertama sekali selepas anda dah buat keputusan nak monitor saiz berapa, anda kena cek sekali resolusi yang ditawarkan pada monitor tersebut.
Bagi kami kombinasi terbaik adalah :
24 inci : Full HD (FHD)
27 inci : 2k
43 inci dan ke atas : 4k
Apa yang akan terjadi jika anda pilih nisbah saiz skrin yang tak sesuai dengan resolusi?
Sebagai contoh jika anda beli monitor saiz 24 inci dengan resolusi 4k, memang tidak dinafikan anda akan dapat paparan imej yang sangat sharp dan cantik serta warna yang sangat terang.
Tapi bagi sesetengah keadaan untuk teks atau icon ianya akan jadi sangat-sangat kecil.
Dan ia semestinya akan mengganggu penggunaan anda.
Sebaliknya pula akan berlaku jika anda beli monitor bersaiz besar 43 inci tapi resolusinya hanya FHD.
Imej yang akan anda lihat bukan sahaja tidak jelas, tidak cantik, warna yang tidak terang, tapi yang paling teruk bila anda guna monitor tersebut dari jarak tertentu anda akan nampak dot pixel pada skrin.
Jenis Panel
Jika sebelum ini 3 panel yang popular dan biasa anda jumpa adalah panel IPS, VA dan TN.
Ketiga-tiga panel ini semestinya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Secara keseluruhannya warna panel IPS lebih cantik berbanding panel VA dan panel VA pula lebih cantik dari panel TN.
Tapi jika anda inginkan monitor dengan response time yang laju, panel VA pula adalah yang terbaik berbanding panel IPS.
Jadi jika anda inginkan response time 1ms GtG pada penel VA, anda terpaksa korbankan kualiti warna yang cantik pada panel IPS tadi.
Tapi untuk Tahun 2023 ini anda dah tak perlu risau berkenaan masalah ini.
Kita sudah ada teknologi yang mampu atasi setiap kelemahan yang ada pada setiap jenis panel tadi.
Bagi kami paparan terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang adalah dari OLED > Mini LED > Quantum IPS > Panel IPS > Panel VA > Panel TN.
Untuk anda mungkin turutan ini berbeza kerana ianya bergantung kepada pengalaman penggunaan setiap individu.
Fleksibiliti
Boleh dikatakan kita perlu mengadap monitor dalam jangka masa yang lama.
Tak kisah untuk anda buat kerja mahupun main game.
Jadi pastikan postur badan anda dalam keadaan yang betul untuk mengelakkan anda sakit badan.
Selain penggunaan kerusi yang sesuai, jarak dan kedudukan monitor juga memainkan peranan.
Anda kena pastikan paras monitor yang digunakan tu selari dengan mata anda.
Jadi monitor yang datang dengan fungsi boleh dilaraskan ke atas dan ke bawah atau ke kiri dan ke kanan adalah pilihan yang terbaik.
Lagi bagus jika ianya boleh dipusing sehingga 90°.
Jika monitor anda sekarang tiada fungsi laras ini, anda boleh dapatkan mana-mana monitor arm yang ada dijual di pasaran.
Tapi dengan syarat monitor anda tu ada VESA Mount di bahagian belakang monitor.
Refresh Rate, FreeSync, Response Time, Overdrive, Black eQualizer
Tip keempat ini khas untuk anda yang nak beli monitor gaming.
5 elemen di atas sangat penting dan perlu ada pada sesebuah monitor gaming.
Untuk refresh rate, minimal anda kena cari yang 100 Hz di samping response time yang laju sekurang-kurangnya 4ms GtG.
Fungsi FreeSync pula adalah untuk elakkan tearing dan stuttering.
Manakala overdrive adalah satu teknologi untuk elakkan berlakunya ghosting.
Dan yang terakhir ini ianya jarang sekali dibicarakan tapi disebabkan banyak suasana game sekarang yang gelap maka Black eQualizer ini diperlukan bagi memudahkan anda melihat musuh yang sedang menyorok di ruangan gelap contohnya.
Senang Untuk Digunakan
Maksud kami senang digunakan di sini adalah bukan cara anda nak on monitor tersebut tapi tentang kebolehan monitor tersebut untuk ingat apa yang kita set dalam monitor tersebut.
Antaranya seperti kecerahan, contrast, color temperature dan lain-lain.
Monitor yang bagus akan bagi beberapa pilihan profile untuk anda pilih tapi untuk profile personal rata-rata lebih suka custom sendiri.
Jadi jika monitor tersebut ada kebolehan untuk ingat setting yang anda inginkan tanpa anda perlu ubah secara manual, maka ianya sangat memudahkan kerja anda.
Ada Sambungan Type-C
Dan tip yang terakhir sekali kami prefer sebuah monitor yang boleh digunakan dengan kabel Type-C.
Anda boleh cucuk kabel tersebut dari pc atau laptop anda terus ke monitor berkenaan.
Manakala port-port Usb yang ada pada monitor tersebut anda boleh guna untuk cucuk peralatan lain seperti WiFi adapter, mouse, keyboard dan lain-lain.
Kami yakin ada antara 5 tip di atas merupakan tip terbaru untuk anda sebelum anda nak beli monitor baru.
Semoga dengan perkongsian tip-tip ini menjadikan pembelian monitor terbaru anda tu lebih berbaloi dan sesuai digunakan untuk jangka masa lama.
Add comment