Untuk anda pemilik laptop di luar sana, kami yakin anda pernah lakukan salah satu perkara yang akan kami senaraikan ini.
Terutamanya bila nak cepat atau time sibuk memang sering terlupa untuk menggunakan laptop dengan cara yang sepatutnya.
Jadi, jom sama-sama kita periksa adakah kita sering melakukan hal-hal di bawah.

1) Makan Atau Minum Berdekatan Laptop

Laptop1

Cecair sememangnya musuh kepada barangan elektronik.
Selain ianya boleh merosakkan peralatan elektronik anda, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada anda sebagai pengguna.
Jadi kami nasihatkan anda untuk jauhkan segala jenis cecair dari laptop anda terutamanya para pelajar yang biasanya sering makan atau minum sambil layan cerita atau buat assignment di laptop. 

2) Tekan Keypads Laptop Terlalu Kuat

Laptop2

Bila kita nak cepat, nak kejar masa memang biasa sangat kita akan menaip dan tekan setiap keypads yang ada pada laptop tu dengan laju dan kuat.
Perkara ini sebenarnya tidak bagus dan boleh mengakibatkan keyboard laptop anda mudah rosak.
Biasanya walau hanya 1 keycap yang rosak, kemungkinan anda kena tukar keseluruhan papan keyboard tu yang mana kosnya agak tinggi.
Jadi seeloknya anda cuba guna setiap keypads laptop anda tu secara sopan dan berhemat.

3) Tutup Dan Buka Cover Laptop Dengan Kasar & Kerap

Laptop3

Biasanya ada satu part yang menyambungkan bahagian body dan cover laptop yang dipanggil sebagai hinge.
Hinge ini biasanya yang akan mudah rosak atau patah sekiranya anda sering buka atau tutup cover laptop dengan kerap dan laju.
Keadaan akan jadi lebih teruk apabila kemungkinan bahagian tersebut akan pecah dan sebagainya yang sememangnya akan mencacatkan rupa laptop anda tu.
Jadi sebelum perkara ini berlaku atau sekiranya sudah berlaku dan untuk elakkan ianya menjadi lebih teruk, anda patut hentikan habit ini dengan segera.

4) Guna Laptop Atas Permukaan Yang Tidak Rata

Laptop4

Habit ini memang ramai juga yang buat terutamanya bila nak layan movie atau drama di mana anda nak santai-santai sahaja atas katil atau sofa.
Selain kemungkinan untuk laptop anda terjatuh terutamanya bila anda letak atas bantal atau riba, laptop anda juga akan jadi mudah panas.
Ini kerana haba yang keluar daripada laptop tu terperangkap dalam bantal atau tilam tersebut.
Seeloknya kami cadangkan anda beli satu cooler laptop, yang paling murah dalam belas-belas ringgi sahaja anda boleh dapat sekarang di pasaran.
Selain ianya selamat, ia juga membantu laptop anda untuk terus kekal sejuk walaupun anda guna berjam-jam lamanya.

5) Tidak Menggunakan Beg Khas Untuk Laptop 

Laptop5

Walaupun tidak semua tapi tetap ada segelintir pemilik laptop yang lebih suka bawa laptop ke mana-mana tanpa sebarang beg khusus untuk laptop.
Kenapa perlu gunakan beg khas untuk laptop?
Kerana beg yang direka semestinya memenuhi ciri-ciri keselamatan untuk menjaga laptop anda.
Dari segi saiz yang sesuai untuk laptop anda, material yang digunakan juga tebal dan lembut dan sekiranya berlaku apa-apa seperti terjatuh, laptop anda masih maintain dalam keadaan yang baik.
Biasanya bila anda beli laptop baru, ia akan datang sekali dengan beg laptop.
Jadi anda tak perlu beli asing atau pening kepala untuk cari beg yang sesuai untuk laptop anda tu.

Pantang larang di atas nampak simple je kan?
Tapi masih ramai yang melakukannya, mungkin sebab sudah terbiasa.
Jika anda salah seorangnya, kami nasihatkan anda untuk berhenti serta merta untuk mengelakkan laptop anda mudah rosak dan sebagainya.
Mungkin bagi sesetengah pemilik laptop perkara ini remeh temeh, tapi jika anda sayangkan laptop anda sila hentikan habit-habit ini dengan segera.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *