Untuk artikel kali ini sekali lagi kami akan buat perbandingan di antara 2 model printer Canon jenis inktank tapi model kali ini datang dengan fungsi Print, Scan dan Copy.
Disebabkan 2 model ini juga merupakan printer jenis inktank jadi ianya amat sesuai untuk kegunaan heavy di pejabat, premis dan lain-lain.
Sebenarnya kedua-dua model printer kali ini juga tak banyak beza sangat, tapi anda kena juga tahu perbezaan yang ada pada kedua-dua model printer ini sebelum membuat pembelian.
Jom!

Canon Pixma InkTank G2010 AIO

G2010

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : 8.8 / 5.0 ipm (hitam/warna)
  • Saranan Print Bulanan : 150 - 1,500 helai
  • Helaian Print : 6,000 / 7,000 (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi (Maksimum) : 600 x 1,200 dpi
  • Multiple Copy : 1 - 20 helai
  • Input Kertas (Maksimum) : 100 helai
  • Sambungan : USB 2.0 Hi-Speed 
  • Borderless Printing
  • Photo Printing
  • 1.2" Mono LCD, Cloud Printing
  • Ink Botol : GI-790BK/C/M/Y
  • Waranti : 2 Tahun In-house atau 20K helai
  • Ukuran (WxDxH) : 445 x 330 x 135 mm
  • Berat : 6.3 kg
  • Sesuai untuk Windows 10 / 8.1 / 7 SP1

KELEBIHAN
Printer Canon Pixma InkTank G1020 AIO ini menggunakan ink refill model yang sama dengan Printer Canon Pixma InkTank G1010.
Yang mana harga ink refill untuk model ini sangat murah untuk anda beli iaitu hanya RM29 sahaja sebotol.
Selain itu, model ini datang dengan fungsi Cloud Printing.
Ciri ini memudahkan anda untuk print apa sahaja fail atau dokumen yang anda muat naik dalam servis Cloud seperti image.canon.

BEST DEAL
Harga untuk Printer Canon Pixma InkTank G1020 AIO ini RM549.
Untuk printer yang datang dengan 3 fungsi utama iaitu Print, Scan dan Copy serta sistem jenis inktank, harga ini standard dan berbaloi untuk anda miliki.
Printer ini masih ada stok di kedai kami, jika anda berminat anda boleh segera ke website kami dengan tekan butang di bawah.

Canon Pixma InkTank G2020 AIO

G2020

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : 9.1 / 5.0 ipm (hitam/warna)
  • Saranan Print Bulanan : 150 - 1,500 helai
  • Helaian Print : 6,000 / 7,700 (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi (Maksimum) : 600 x 1,200 dpi
  • Multiple Copy : Maksimum 99 helai
  • Input Kertas (Maksimum) : 100 helai
  • Sambungan : USB 2.0 Hi-Speed 
  • Borderless Printing
  • Photo Printing
  • 2-Line Mono LCD
  • Ink Botol : GI-71BK/C/M/Y
  • Waranti : 2 Tahun In-house atau 20K helai
  • Ukuran (WxDxH) : 445 x 330 x 167 mm
  • Berat : 6.4 kg
  • Sesuai untuk Windows 10 / 8.1 / 7 SP1; macOS 10.12.6~10.15; Chrome OS

KELEBIHAN
Untuk Printer Canon Pixma InkTank G2020 AIO ini, print speed untuk hitam lebih cepat iaitu 9.1 ipm.
Tambahan pula helaian untuk print warna lebih banyak iaitu 7,700 helai berbanding model di atas hanya 7,000 helai sahaja.
Serta printer ini sesuai untuk lebih ramai pengguna termasuk anda pengguna macOS.
Kelebihan ini sama dengan model Printer Canon Pixma InkTank G1020 dalam artikel kami sebelum ini.
Bagi tujuan Copy, model ini membenarkan anda membuat maksimum sehingga 99 helai yang mana ianya lebih banyak berbanding model pertama tadi.

BEST DEAL
Harga untuk Printer Canon Pixma InkTank G2020 AIO ini pula RM579.
Hanya berbeza RM30 sahaja dengan printer model di atas tadi.
JIka bagi anda spesifikasi printer kedua ini lebih menarik dan berbaloi dengan tambahan harga tersebut, anda boleh cepat-cepat grab model ini di website Monaliza.
Boleh terus tekan butang di bawah!

Boleh dikatakan perbezaan 2 model printer Canon inktank di atas hampir sama dengan perbezaan 2 model printer Canon inktank single function yang kami pernah review dalam artikel sebelum ini.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat pemilihan  yang tepat sebelum membeli printer untuk kegunaan harian anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *