Selain Printer InkTank All In One (Print, Scan, Copy), Printer InkTank yang khas untuk 1 fungsi sahaja (Print) juga mendapat banyak sambutan  di kalangan pengguna.
Biasanya bagi mereka yang perlu print banyak dokumen setiap bulan, fokus untuk kerja-kerja printing sahaja memang printer seperti ini yang mereka akan cari. 
Sebenarnya dua model printer kali ini tak banyak beza sangat, tapi untuk uraikan kekeliruan yang ada jom kita periksa sama-sama.

Canon Pixma InkTank G1010

g1010

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Printer Jenis Inkjet
  • Fungsi : Print sahaja
  • Print Speed (A4, ISO) : 8.8 / 5.0 ipm (hitam/warna)
  • Helaian Print : 6,000 / 7,000 (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Input Kertas (Maksimum) : 100 helai
  • Sambungan : USB 2.0 Hi-Speed
  •  Borderless Printing
  • Photo Printing
  • Ink Botol : GI-790BK/C/M/Y 
  • Waranti : 2 Tahun In-house atau 20K helai print
  • Ukuran (WxDxH) : 445 x 330 x 135 mm
  • Berat : 4.8 kg
  • Power Consumption (Operating) : 11W
  • Sesuai untuk Windows 10 / 8.1 / 7 SP1

KELEBIHAN
Untuk Printer Canon Pixma InkTank G1010 ini, harga ink refill untuk setiap warna sangat murah iaitu hanya RM29 sahaja sebotol.
Reka bentuk ink tank di bahagian luar memudahkan anda untuk isi setiap warna ink tanpa tertumpah dan sebagainya.
Reka bentuk model ini juga jenis tahan lasak dan tahan lama, sesuai untuk kegunaan di pejabat terutamanya.
Harga semasa Printer Canon Pixma InkTank G1010 ini hanya RM435.

Canon Pixma InkTank G1020

g1020

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Printer Jenis Inkjet
  • Fungsi : Print sahaja
  • Print Speed (A4, ISO) : 9.1 / 5.0 ipm (hitam/warna)
  • Helaian Print : 6,000 / 7,700 (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Input Kertas (Maksimum) : 100 helai
  • Sambungan : USB 2.0 Hi-Speed
  • Borderless Printing
  • Photo Printing
  • Ink Botol : GI-71BK/C/M/Y
  • Waranti : 2 Tahun In-house atau 20K helai print
  • Ukuran (WxDxH) : 445 x 330 x 135 mm
  • Berat : 4.8 kg
  • Power Consumption (Operating) : 15W
  • Sesuai untuk Windows 10 / 8.1 / 7 SP1; macOS 10.12.6~10.15; Chrome OS

KELEBIHAN
Dari segi spesifikasi, Printer Canon Pixma InkTank G1020 ini lebih kurang sahaja dengan model di atas.
Bezanya print speed untuk hitam lebih cepat iaitu 9.1 ipm.
Selain itu, helaian untuk print warna juga lebih banyak iaitu 7,700 helai berbanding model di atas hanya 7,000 helai sahaja. 
Printer kedua ini juga sesuai untuk lebih ramai pengguna termasuk pengguna macOS.
Harga semasa Printer Canon Pixma InkTank G1020 ini RM449, sedikit mahal tapi masih berbaloi untuk anda miliki.

Kami harap perkongsian pendek kali ini sedikit sebanyak dapat uraikan kekeliruan anda berkenaan 2 model printer daripada Canon ini.
Jangan lupa nantikan perkongsian daripada kami untuk model printer yang lain pula. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *