Bulan Ogos cukup sinonim dengan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia. Saat ini kibaran bendera Jalur Gemilang pasti memenuhi segenap sudut di Malaysia. Pada tanggal 31 Ogos pada setiap tahun, rakyat Malaysia yang berbilang kaum pasti merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tanggal bersejarah ini. Musim pandemic ini, jangan patah semangat ya! Mari saya kongsikan 7 aktiviti menyeronokkan, yang berjaya suntik semangat patriotisme untuk SEMUA (terutama kepada generasi baharu). Oh ya! Jangan lupa rakamkan momen berharga sambutan kemerdekaan anda tahun ini.
Malaysia Prihatin
Apakah Tema Hari Kemerdekaan tahun ini? Tema Hari Kebangsaan tahun ini kekal seperti tahun lepas iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan ia akan disambut secara sederhana, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (BERNAMA). ‘Malaysia Prihatin’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Pandemik Bukan Penghalang Semangat Patriotisme
Malaysia tidak terkecuali dilanda ujian pandemik COVID-19, namun pandemik INI bukan penghalang semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Semangat Merdeka hidup di hati dan fikiran setiap rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada. Kita mesti terus memupuk dan memperkuat semangat itu dalam pemikiran dan tindakan kita.
“Cinta akan negara boleh menjadi gabungan dari pelbagai aspek yang berkaitan dengan negara seperti aspek budaya, politik, tradisional atau sejarah.”
Mengenai kata “patriotisme”, kita mempunyai definisi sendiri mengenai perkataan ini. Bagi ramai orang, bersikap patriotik adalah konsep yang sukar difahami. Ini lebih daripada membina kesetiaan kepada negara, tetapi mengenai rasa hormat dan cinta. Terdapat kebanggaan tertentu sebagai rakyat Malaysia dan juga mempunyai keinginan besar untuk negara kita berkembang, berjaya dan dikenali di seluruh dunia.
“Bagi generasi tua, Hari Kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan.”
(Tan Sri Lee Lam Thye, Berita Harian)
Benar, pengorbanan yang dilakukan oleh generasi terdahulu untuk membangunkan Malaysia menjadi seperti sekarang tidak boleh dilupakan. Untuk menghargainya, sambutlah di mana jua kita berada walau dengan norma baharu.
“Masyarakat dulu sering dikaitkan dengan perarakan bendera dan menghadiri upacara rasmi kemerdekaan yang memberikan semangat berbeza. Tentu saja penzahiran semangat cinta negara orang dulu tidak sama dengan sekarang.
Katanya, konsep ekspresi golongan muda berbeza selari dengan perbezaan zaman, jika dulu masyarakat berusaha menonjolkan semangat patriotik dengan kibaran jalur gemilang dan berpusu-pusu ke sambutan kemerdekaan.
“Tapi golongan muda kini gemar memanifestasi semangat merdeka itu dalam konsep demokratik yang lebih luas iaitu melahirkan rasa cinta kepada negara dengan benci rasuah, memastikan integriti dalam setiap pentadbiran serta mahukan satu tadbir urus negara yang baik.”
( Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ,Pensyarah Kanan Jabatan Sosio-Budaya Kesenian Melayu Universiti Malaya)
Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan walaupun dengan berada di rumah. Isi aktiviti anak, generasi baharu dengan patriotisme untuk mengajar mereka erti cintakan sebuah negara. Selamat mencuba di rumah.
7 AKTIVITI MENYERONOKKAN SUNTIK SEMANGAT PATRIOTISME:
- MENONTON FILEM PATRIOTIK
- HIAS RUMAH DENGAN JALUR GEMILANG
- MENGENALI LAGU KEBANGSAAN DAN PATRIOTIK
- MEWARNA JALUR GEMILANG
- INOVASI DAN OOTD (Outfit Of The Day) PAKAIAN JALUR GEMILANG
- MENGENALI TOKOH DAN INFORMASI KEMERDEKAAN
- MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
“Indahnya Malaysia adalah kerana rakyat di negara ini berkongsi ikatan bersama yang kuat untuk menerima kepelbagaian antara satu sama lain dan berusaha untuk membina sebuah komuniti yang padu.”
(Zhi Yun, Mstar)
“Dalam situasi mencabar ini, kami mahu menyampaikan mesej yang positif dan patriotisme.”
(Law Wai Cheng ,Harian Metro)
Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, TS Law Group membelanjakan RM11 juta untuk memasang lampu LED 360 darjah di menara baharu ibu pejabat syarikat hartanah berkenaan di ibu negara. Pengarah Eksekutif TS Law Group Law Wai Cheng berkata, pemasangan lampu LED itu bertujuan membangkitkan semangat Merdeka kepada rakyat Malaysia ketika dilanda pandemik selain memberi sokongan kepada barisan hadapan, kerajaan dan institusi Diraja. Menara itu akan terus menyalakan lampu LED hingga penghujung September nanti sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.
Google Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64 Dengan Sebuah Doodle Khas
Menariknya! Google juga mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan ‘doodle’ (contengan) Merdeka.
“Today’s Doodle celebrates Malaysia’s Independence Day, also known as Hari Merdeka or Hari Kebangsaan. On this day in 1957, over 20,000 people gathered at the Merdeka Stadium in the capital city of Kuala Lumpur as government officials shouted “Merdeka!” seven times in a declaration of freedom.”
(Google, 2021)
Ini bukan kali pertama Google bertemakan khas bersempena dengan Merdeka. Pada tahun lepas, Google turut menyediakan doodle khas bersempena dengan hari Kemerdekaan, iaitu doodle orang utan, doodle teh tarik, harimau malaya dan bunga raya. Bagi anda sendiri, doodle manakah yang paling anda gemari sehingga kini dari Google untuk menyambut hari Merdeka?
Penutup
Kami di Monaliza ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-64! Tidak kira apa yang dilalui oleh negara kita, penting untuk memusatkan perhatian pada apa yang baik dan bersatu bersama, mendorong kemajuan. Jangan takut untuk menunjukkan patriotisme anda terutama pada Hari Kemerdekaan negara.
Add comment