Anda pernah tak sebelum ini ada masalah power bank cepat rosak? Bateri power bank cepat kembung? Bateri selalu habis? Hari ini saya nak kongsi Tips Penjagaan Bateri Power Bank Untuk Tahan Lama. Power bank adalah satu alat elektronik yang menyimpan kuasa bateri dan ia boleh di gunakan untuk mengecas bateri smartphone, atau peranti elektronik yang lain. Penjagaan power bank ini penting untuk memastikan power bank anda berfungsi dengan baik. Kita tak tahu kan bila kejadian yang tidak di ingini akan berlaku. Jika tiba-tiba phone anda kehabisan bateri, ataupun anda terlupa mengecas phone semalam, power bank pastinya sangat membantu di waktu kecemasan.
TIPS 1# PEMAKAIAN POWER BANK
Sebaiknya, beli power bank yang mempunyai jenama yang dipercayai untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik dari segi jenis bateri, ketahanan bateri, papan litar yang di di gunakan. Power bank yang berkualiti pastinya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Jika power bank tersebut ada fungsi pengecasan pantas, tempoh cas power bank anda akan pasti boleh pantas sehingga 70% dari waktu biasa.
Ketika menggunakan power bank, matikan telefon anda sekurang-kurangnya sehingga kapasitinya kembali pada tahap 50%. Sebaik-baiknya, ketika sudah benar-benar penuh baru dihidupkan kembali. Mengapa tidak boleh? Boleh saja. Tetapi apabila kapasiti bateri masih sangat rendah, telefon dipaksa digunakan untuk memanggil, browsing, atau main game , itu akan membuatkan power bank bekerja lebih dari kemampuannya.
Semakin sering anda mengecas semula power bank, maka usianya akan semakin pendek. Sama saja dengan bateri komputer riba atau telefon pintar anda. Power bank yang baik mampu bertahan sehingga 500 kali cas semula sehingga penuh. Boleh satu tahun lebih, kalau setiap hari dicas penuh pada malam hari. Power bank mempunyai kitaran hayat, yang mana tahap kecekapan bateri di dalam power bank akan lebih cepat menyusut sekiranya digunakan dengan lebih kerap dan intensif. Untuk mengelakkan tahap kecekapan power bank daripada cepat menyusut, gunakan power bank semasa perjalanan jauh dan kecemasan sahaja.
TIPS 2# JANGAN SIMPAN POWER BANK DALAM KERETA
Power bank jangan ditinggalkan dalam kereta. Di Malaysia, kes power bank meletup pernah dilaporkan ketika ditinggalkan dalam kereta. Kes ini berpunca dari power bank yang terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada waktu itu. Kebiasaanya, suhu dalam kereta akan mencecah 40 darjah Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari. Suhu yang tinggi juga menyebabkan elektrolit di dalam sel bateri bergerak lebih aktif. Menyebabkan power bank lebih cepat rosak dan mengembung. Oleh itu, kes power bank tertinggal dalam kereta wajar dijadikan sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan ini.
Secara jujurnya, segala jenis bateri di dunia ini ada chance untuk meletup jika di gunakan dengan cara yang SALAH. Walaupun bateri biasa yang kita selalu guna dan boleh di beli di pasaraya tempatan pun boleh meletup. Tapi, potensi untuk power bank itu meletup adalah sangat rendah kerana ia telah di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk menjaga pengguna mereka. Mungkin ada 1-2 kes dalam berjuta-juta power bank yang telah terjual & di gunakan sehingga sekarang.
(Azlan, SifuPowerBank)
TIPS 3# ELAKKAN POWER BANK ANDA DALAM SUHU MELAMPAU
Power bank tidak boleh berada pada tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kedua suhu tersebut akan menyebabkan komponen bateri rosak. Untuk power bank bertahan lama, jangan letakkan powerbank di tempat yang terkena cahaya matahari secara terus atau juga berhampiran sumber haba kerana akan mudah terbakar.
Elakkan juga tempat yang lembab, serta dijaga jangan sampai terkena air. Power bank yang dimasuki air boleh menyebabkan litar pintas di dalam power bank tersebut. Kelembapan juga akan menghasilkan komponen dalam yang berkarat sekiranya power bank tersebut terdedah dalam keadaan lembap dalam tempoh yang panjang.
Sebagai langkah berhati- hati, anda boleh membungkus power bank dengan baik, agar suhunya sentiasa normal.
TIPS 4# ELAKKAN POWER BANK ANDA TERJATUH
Power bank mengandungi bahan bateri yang sangat terdedah terhadap hentakkan keras. Jika power bank sering jatuh maka prestasinya akan berkurang, bahkan mungkin tidak boleh digunakan terus. Untuk keselamatan bagi peranti kecil ini, sebaiknya sediakan sarung power bank seperti kain atau kulit untuk meyimpan power bank anda.
TIPS 5# SIMPAN POWER BANK ANDA PADA TEMPAT YANG KERING DAN TIDAK BERHABUK
Ini adalah untuk memastikan terminal atau soket USB bersih. Jangan guna apa-apa cecair untuk membersihkannya. Cukup sekadar tiupan atau guna kain jika ada kesan kotor. Elakkan daripada sebarang keadaan basah dan lembap.
TIPS 6# PERHATIKAN KAPASITI POWER BANK ANDA
Perhatikan kapasitinya. Jangan paksa power bank mengecas bateri peranti yang lebih besar daripada kapasiti power bank. Semakin tinggi kapasiti power bank yang anda ada, semakin lama tempoh untuk penuhkan bateri power bank anda.
Walaubagaimanapun, elakkan daripada overcharging semalaman atau membiar bateri power bank dicas tanpa pengawasan. Dengan lain kata, kalau bateri power bank anda berkapasiti 10000 mAh dan memerlukan 6 -7 jam untuk dicas sampai penuh, apabila dah penuh 100% terus cabut pengecas atau tunggu sampai 20-30 minit baru cabut pengecas untuk elakkan bateri powerbank daripada overcharging.
Jadi, pastikan jangan overcharge pula kerana tindakan ini akan memendekkan hayat power bank anda dan membuatkan power bank anda kembung. Sebagai alternatif untuk elakkan overcharging, anda boleh beli USB Cable yang ada fungsi Auto Cut Off. Boleh tingkatkan jangka hayat bateri power bank anda.
TIPS 7# SENTIASA PENUHKAN BATERI POWER BANK ANDA
Kita tidak tahu bilakah kecemasan akan berlaku. Oleh itu, amalan sentiasa memenuhkan power bank anda amat penting agar power bank tidak kosong jika kecemasan berlaku. Walaupun anda jarang menggunakan power bank, baterinya akan tetap berkurangan dan habis. Sebenarnya ia tidak rosak, cuma anda perlu mengecas power bank sehingga penuh semula.
Jangan mengecas bateri power bank anda dan pada masa yang sama anda turut mengecas peranti anda menggunakan bateri power bank yang tengah dicas tadi. Sila cas secara berasingan. Bateri powerbank perlu dicas ketika tidak digunakan – konsep yang sama seperti jangan bermain handphone ketika dicas.
Power bank akan menjadi sedikit panas ketika dicas adalah perkara normal. Cuma perhatikan jika anda rasa lain macam seperti bukan kebiasaan (macam air suam) atau berlaku kejadian yang tidak normal seperti keluar bau yang kurang enak, perubahan pada warna atau perubahan pada bentuk, sila cabut pengecas dan terus berhenti daripada menggunakan power bank tersebut kerana ia telah rosak.
Penutup
Saya harap tips penjagaan bateri power bank untuk tahan lama ini akan dapat memanjangkan jangka hayat power bank anda. Jika Si Dia asyik pinjam power bank anda, mungkin power bank INI adalah hadiah yang anda boleh berikan pada kesayangan anda.. Harganya murah, tahan lama dan boleh digunakan banyak kali. Menghadiahkan sebuah power bank amat berbaloi untuk menjamin “nyawa” smartphone. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda adalah seorang yang aktif melayari internet dan bersosial di FB, Twitter mahu pun Instagram.
Jika anda masih tercari-cari power bank yang 100% original, jom lawati kedai kami di SINI. RUGI JIKA ANDA ADA SMARTPHONE TETAPI TIADA POWER BANK sebagai back up power.
Add comment