Hari tu pihak Idmix ada hantar beberapa produk untuk kami unboxing dan review. Jadi kali ini kami akan kongsikan 2 produk dari Idmix iaitu Car Charger dan Car Mount yang boleh cas smartphone anda secara wireless. Menarik kan? Jom !

CAR CHARGER 

Material yang digunakan untuk car charger ni adalah Aluminium Alloy yang mana mereka claim lulus ujian fire proof. Bagi kami design car charger ni sangat cantik dan terbaik. Di bahagian tepi car charger ni ada bahagian bergerigi untuk memudahkan pengguna pegang car charger ni untuk pasang dan cabut dari kereta dengan mudah. Car charger ni support 2 port output dengan jumlah power output 24 watt. Port pertama adalah Usb A yang support quick charge 3.0 dengan maksimum output adalah 18 watt. Port kedua adalah Usb Type C yang support power delivery juga dengan maksimum output adalah 18 watt. Sebelum ni kalau anda nak dapat quick charge anda kena plug dekat rumah atau anda kena ada powerbank yang support fast charging, tapi dengan adanya car charger dari Idmix ni anda dah tak perlu semua tu. Anda boleh cas smartphone anda secara fast charging dalam kereta anda sahaja. Kami percaya ramai pengguna di luar sana akan suka dengan car charger ni sebab ia support fast charging untuk semua pengguna sama ada IOS atau pun android.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu quick charge dan power delivery. Quick charge ni jika smartphone anda support fast charging kemungkinan ia akan guna standard QC. Jika anda pengguna Iphone ia akan support PD standard jadi anda akan dapat fast charging juga. Di bahagian belakang car charger ni terdapat 1 LED light indicator yang akan menyala bila anda plug in. Jadi macam mana pengalaman kami guna car charger ni? Bagi kami sangat suka dengan car charger ni. Kami dah test untuk kedua-dua jenis smartphone iaitu android dan Iphone. Car charger ni bermanfaat untuk kedua-dua jenis smartphone. Jika kami cas Iphone dalam 20 minit, kami boleh dapat power dari 0% sehingga 30% sama seperti kami cas di plug rumah.

CAR MOUNT   

Produk seterusnya adalah car mount yang boleh cas smartphone anda secara wireless. Wireless charger ini datang dalam kotak sekali dengan kabel Micro Usb dan buku manual. Untuk design wireless charger ni biasa-biasa sahaja, tiada yang istimewa sangat. Material yang digunakan adalah campuran besi dan plastik. Cara guna car mount ni mudah sahaja, anda hanya perlu masukkan smartphone anda dan ia akan auto pegang smartphone anda. Car mount ini support smartphone bersaiz 4 inci sehingga 7 inci. Wireless charging pula support QI standard sehingga 10 watt. Bagi kami 10 watt ni sudah memadai walaupun sudah ada jenama lain yang lebih laju dari ini. Pengalaman kami menggunakan car mount ini pula biasa-biasa sahaja, tiada yang istimewa sangat tapi ia tetap bagus. Semasa pemanduan, car mount ini mampu cas smartphone tanpa ada masalah smartphone jatuh dan sebagainya. Satu perkara yang kami perasan, jika pakai wireless charger ia biasanya akan panas. Tapi disebabkan ia dipasang berdekatan aircond jadi masalah tu dah selesai.

KESIMPULAN

Jadi sebagai kesimpulannya, adakah kami akan recommend anda untuk beli kedua-dua produk ni atau tak? Untuk fast car charger yang pertama tadi kami sangat-sangat recommend untuk anda beli tak kisah anda pengguna android mahu pun pengguna Iphone, anda akan mendapat manfaat dari car charger ni. Untuk wireless charger tu pula bergantung pada anda sama ada nak beli atau tak.  Kalau smartphone anda support wireless charging kami recommend anda untuk beli. Jika sebaliknya lebih baik anda beli phone mount yang biasa sahaja.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *