Peminat Realme Malaysian telah menyatakan keinginan mereka untuk memiliki patung keluaran pertama dari Realme iaitu Realmeow apabila ianya telah habis terjual dalam masa 30 saat sahaja pada 1 Januari 2021 yang lepas. Pelancaran Realmeow ini bersama-sama dengan ucapan tahun baru dari peminat Realme pada hari terakhir Tahun 2020.
“Kami di Realme Malaysia sangat bersyukur atas sambutan memberangsangkan peminat kami terhadap Realmeow, terutamanya kepada mereka yang berjaya membeli patung edisi terhad berkenaan. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang barangan Realmeow yang menyertai sesi giveaway Realme semasa livestream di Facebook Page kami. Lagi sekali terima kasih di atas sokongan anda dan Selamat Menyambut Tahun Baru untuk semua,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia.
Dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2021, peminat Realme dijemput untuk merasai keseronokan Escape Room yang terletak di Studio Design Realme. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Facebook Page Official Realme Malaysia.
#realmeow
#realmeMalaysia
Add comment