Hari tu kami ada terima 1 model VR Headset dan kami memang rasa enjoy sangat guna produk ni. Model yang dimaksudkan adalah Oculus Rift S. Seperti yang kita semua tahu VR Headset ni bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia gaming atau dunia teknologi tapi bila sebut VR ramai antara kita yang akan bayangkan 1 setup yang rumit dengan kabel merata tempat dan camera tracking. Tapi sebenarnya tak juga, nak tahu kenapa kami cakap macam tu? Jom !

DESIGN

Untuk Oculus Rift S ni ia hanya datang dengan headset sekali kabel dan 2 camera controller, tiada camera tracking serta wall plug. Semua movement tracking akan dibuat dekat headset ni sendiri dan controller sahaja yang mana ia agak impressive sebab mereka dapat sumbat semua benda ni dalam pakej yang sangat compact.

SPESIFIKASI

Pada headset ni sendiri terdapat 5 kamera yang mereka letak untuk handle tracking serta terdapat juga sensor tambahan di bahagian dalam untuk memastikan kedudukan anda tak lari. Selain terdapat 5 kamera, Oculus Rift S ni juga ada built in microphone, speaker dan 3.5mm audio jack. Untuk speaker tu kami prefer kalau boleh ia kuat sikit tapi secara keseluruhan tetap okay sebab ia boleh disambung dengan headphone atau earphone lain. Contoller headset ini menggunakan bateri single double A untuk setiap controller jadi anda boleh tukar sahaja bateri tu tanpa perlu cas. Tapi kami galakkan anda guna bateri double A yang boleh dicas sebab kalau anda guna bateri double A biasa bateri memang cepat sangat habis.

Display yang ada pada Oculus Rift S ni menggunakan panel LCD dengan resolusi 1280p x 1440p untuk setiap mata dengan refresh rate 80Hz. Berat headset cuma 560g tanpa kabel. Walaupun dari segi resolusi tu dah okay, dah sharp, dah clear tapi refresh rate yang digunakan kurang tinggi menyebabkan dalam sesetengah game terdapat sedikit lag. Lagi satu display yang digunakan adalah LCD yang mana bila ada warna hitam ia tak kan jadi fully hitam. Tapi ini sebenarnya bukan masalah yang besar sangat lebih-lebih lagi bila kami dah mula selesa dengan Oculus Rift S ni. Yang pasti anda kena adjust jarak mata anda dengan lens mengikut keselesaan masing-masing baru ia akan fokus dan sharp.

MATERIAL

Dari segi kualiti bahan yang digunakan pula kedua-dua headset dan touch controller ni menggunakan material plastik. Mereka semestinya memastikan yang kedua-dua headset dan controller tadi ringan supaya pengguna boleh menggunakannya dalam jangka masa yang lama dengan selesa.

KESELESAAN 

Dari segi keselesaan, dekat headset ni terdapat adjustable headband yang kita boleh adjust mengikut keselesaan masing-masing. Juga terdapat padding yang lembut di bahagian dalam. Cuma apa yang kami perasan, jika kami guna lebih dari sejam ia akan mula berpeluh.

PORTABILITY 

Beralih kepada portability pula, Oculus Rift S ni salah satu model yang boleh join kategori portable VR Headset sebab ia tak perlu guna external tracking camera dan wall plug. Kita cuma perlu plug ia di 1 USB port 3.0 dan 1 display port. Yang bagusnya adalah disebabkan kabel Oculus Rift S ni jenis tak banyak jadi proses setup lebih portable. Contoh kalau anda nak bawa Oculus Rift S ni ke rumah kawan anda, anda tak perlu fikir pasal kabel, tracking camera atau wall plug. Anda hanya perlu bawa headset dan 2 controller itu sahaja. Yang buruknya pula adalah ia menggunakan display port berbanding hdmi. Sebab kebanyakan laptop ada port hdmi dan anda tak boleh nak guna display port tadi. Walaupun ada adapter untuk hdmi to display port tapi mungkin akan timbul masalah connection.

Macam mana pula dengan tracking Oculus Rift S ni berbanding traditional VR Headset yang guna external tracking? Ramai yang risau jika VR Headset tak guna tracking camera kemugkinan akan terjadi drifting yang mana posisi kita akan beralih dari tempat asal terutamanya akan terjadi semasa bermain game. Kami akui semasa kami test Oculus Rift S ni memang terjadi drifting tersebut tapi bukanlah secara kerap dan tak teruk sangat. Tracking untuk touch controller Oculus Rift S ni pun bagus cuma bagi kami ia lebih sesuai untuk casual user kerana kadang-kadang ia ada blindspot bila kita angkat controller tu tinggi sangat.

TARGET

Jadi siapa yang kena beli Oculus Rift S? Pada pendapat kami Oculus Rift S ni sesuai untuk casual user yang nak rasa pengalaman menggunakan VR tanpa perlu fikir setup yang rumit. Jadi anda tak perlu nak setup kamera, tak perlu nak setup kabel banyak-banyak dan tak kan serabut dengan pengurusan kabel tu. Masa nak setup Oculus Rift S ni pun tak sampai 5 minit. Tapi semestinya ia ada juga kekurangan antaranya room scale tracking dan body full tracking. Tapi untuk casual user masalah tu bukan sesuatu yang besar. Jika anda jenis competitive nak kejar score kami tak recommend anda beli Oculus Rift S ni.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *