Anda sedang mencari gaming headset?
Anda wajib baca artikel kali ini kerana kita akan mengulas tentang Gaming Headset Hyperx Cloud II yang dikatakan sungguh menakjubkan !

Apa yang menariknya tentang Gaming Headset Hyperx Cloud II?

1) Packaging

Perkara pertama yang anda nampak apabila anda membeli Gaming Headset Hyperx Cloud II ini adalah packagingnya yang memang superb dan awesome. Dalam kotak terdapat lagi kotak yang kedua yang menampakkan gaming headset ini sangat esklusif dan premium.

2) Aksesori

Setelah anda unboxing gaming headset ini, anda akan dapati aksesori-aksesori yang diberikan tersangat banyak. Bersama Gaming Headset Hyperx Cloud II ini anda akan dapat detachable mic, 1 USB cable dengan 1 sound card, airplane adapter, 1 set ear pads dari material seakan-akan baldu dan 1 headset pouch.

3) Design & Materials

Walaupun design Gaming Headset Hyperx Cloud II tiada RGB tetapi gabungan warnanya sangat menarik dan memikat hati. Di tambah pula material yang digunakan adalah campuran daripada metal, getah dan kulit menambahkan lagi auranya dan kelihatan tersangat esklusif. Headband headset ini dibalut dengan kulit dan di sisinya dikemaskan dengan jahitan benang serta logo Hyperx jelas kelihatan di atasnya. Di antara headband dan ear cup terdapat satu besi serta di belakang ear cup terdapat satu plate besi berwarna hitam metallic dengan logo Hyperx. Di sekeliling plate ini Hyperx menggunakan material plastik getah supaya menampakkan kontras warna.

4) Kualiti

Kualiti binaan Gaming Headset Hyperx Cloud II ini sangat superb. Anda bukan sahaja boleh laras panjang ear cup mengikut posisi telinga anda, malah anda boleh buka bukaan ear cup gaming headset ini sehingga headband seolah-olah terlihat lurus.

5) Mic

Mic Gaming Headset Hyperx Cloud II ini jenis detachable yang mana anda boleh buang jika anda tak nak guna serta anda boleh betulkan dan laraskan kedudukannya mengikut kesukaan anda. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan mic yang disediakan, Hyperx ada menyediakan sekali satu penutup getah kecil berwarna hitam.

6) Kualiti Audio

Kualiti audio dari Gaming Headset Hyperx Cloud II ini sangat terbaik. Anda tak kan dengar apa-apa noise di belakang semasa recording kerana gaming headset ini didatangkan dengan auto noise cancellation.

7) Connection 

Yang menariknya Gaming Headset Hyperx Cloud II ini, anda boleh memilih sama ada ingin connect secara USB atau audio jack. Dan setiap connection ini memberi kesan yang berbeza. Jika anda guna audio jack, anda akan dapat audio jenis stereo 2.0 atau 2.1. Sekiranya anda memilih connection menggunakan USB, anda akan dapat rasai kualiti audio jenis virtual surround 7.1. Hal ini kerana gaming headset ini datang dengan sound cardnya yang tersendiri.

8) Virtual Surround 7.1

Input audio akan masuk dalam sound card ini dan diproses secara serta merta. Anda boleh on atau off fungsi surround audio ini dengan menekan butang yang ada di tengah sound card. Bila anda guna fungsi virtual surround 7.1, bunyi dari gaming headset ini lebih kuat dan luas. Jadi sangat sesuai jika anda guna Gaming Headset Hyperx Cloud II ini untuk bermain game kerana soundnya yang gempak.

9) Sound Card

Selain dari terdapat fungsi virtual surround 7.1, pada sound card juga terdapat controller yang mana anda boleh control volume audio, volume mic dan on/off mic. Controller ini didatangkan dengan clip bertujuan sebagai cable management supaya tak tertarik, tak tercabut dan tak terjatuh.

Macam mana? Terpikat tak untuk dapatkan Gaming Headset Hyperx Cloud II ini?

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *