Untuk artikel kali ini kita akan mengulas tentang TOP 3 printer pilihan ramai pada setiap bulan. Pada bulan Januari lepas, jumlah jualan ketiga-tiga printer ini mencecah 600 buah ! Sudah semestinya ada kelebihan printer-printer ini yang menarik perhatian ramai. Nak tau? Jom baca artikel kali ini sampai habis tau.

1) EPSON L3110 ECOTANK PRINTER 

Printer pertama dari jenama Epson ini sahaja telah terjual sebanyak hampir 260 buah. Printer 3 in 1 berharga RM470 ini berfungsi sebagai Print, Scan dan Copy. Printer ini datang dengan ink tank system yang mana memudahkan anda untuk refill jika kehabisan toner. Harga toner dalam botol jauh lebih murah berbanding toner cartridge. Ini adalah satu sebab kenapa printer ini menjadi pilihan ramai kerana ia sebenarnya menjimatkan anda untuk jangka masa yang panjang dalam membeli toner. Malah untuk setiap toner berwarna hitam, anda dapat print sehingga 8,100 keping manakala toner berwarna sebanyak 6,500 keping. Jadi jika anda sedang mencari printer yang low cost, Printer Epson ini adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh dapatkannya DI SINI !

2) CANON PIXMA E410 

Printer kedua yang telah terjual melebihi 160 buah ini pula dari jenama Canon. Mungkin dari segi harganya yang sangat mampu milik iaitu hanya RM198 menjadikan ia printer pilihan ramai. Dengan bentuknya yang ringkas, kecil dan ringan memudahkan anda untuk meletak printer ini di mana-mana sudut / ruang kerja anda. Printer ini datang dengan fungsi Print, Scan dan Copy dengan kapasiti 400 keping bagi setiap toner catridge. Selain dari harga printer yang mampu milik, harga toner bagi printer ini juga boleh dikatakan murah. Kelajuan print pula sehingga 8.0ipm untuk warna hitam dan 4.0ipm untuk print berwarna. Printer ini mampu menampung sebanyak 50 hingga 200 keping kertas dalam satu masa. Printer ini didatangkan dengan fungsi automatik Power ON dan OFF. Jadi jika anda terlupa untuk OFF printer ini, anda tidak perlu risau kerana ia akan automatik OFF dalam jangka masa tertentu. Untuk basic printer dengan harga yang ditawarkan memang tersangat berbaloi jika anda dapatkan printer ini.

3) HP DESKJET INK ADVANTAGE 2135 ALL IN ONE

Printer ketiga ini pula dari jenama HP, juga jumlah jualannya hampir sama dengan jualan Printer Canon di atas. Harga printer ini adalah RM199, dari segi saiznya lebih kurang Printer Canon di atas tetapi warnanya sangat menarik perhatian. Printer ini juga berfungsi sebagai Print, Scan dan Copy. Dari segi harga tonernya, boleh dikatakan murah serta setiap toner mampu untuk menghasilkan sebanyak 1,000 keping. Jadi jika anda inginkan printer yang menarik serta mampu milik, Printer HP ini adalah jawapannya.

Macam mana? Ada ke antara ketiga-tiga printer ini yang sesuai dengan bajet anda?
Secara keseluruhan printer-printer ini semua tersangat la mampu milik serta berbaloi jika anda ingin dapatkannya.
Pastikan juga anda kenal pasti bajet jangka masa panjang anda.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi di artikel akan datang.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *