Kebelakangan ini, masalah Motherboard yang menggunakan chipset B560 makin banyak diperkatakan di forum dan komen-komen Youtube. Pengguna mengadu yang Slot PCIE 4 yang ada di Motherboard itu tidak boleh digunakan walaupun PC dapat masuk ke dalam BIOS. Tapi, bila diselidiki,masalah ini hanya berlaku kepada pengguna Processor Intel 10th Geb seperti Intel Core i5-10500. 

Kami hubungi MSI untuk dapatkan jawapan dari mereka; Punca dan Penyelesaian kepada masalah ini.

Menurut MSI, untuk slot PCIE 4 di Motherboard Chipset B560 berfungsi, Processor mesti boleh berinteraksi dengan slot PCIE 4 tersebut. Processor akan bertindak sebagai Control Center. Namun begitu, Processor Intel 10th Gen seperti Intel Core i5-10500 tidak boleh dijadikan Control Center dan tidak mampu respon dengan apa yang slot PCIE 4 mahukan, jadi slot itu tidak akan berfungsi.

Masalah ini bukan sahaja berlaku pada Motherbard MSI sahaja tetapi hampir kesemua Motherboard brand lain. Tapi MSI sudah atasi masalah ini dengan beberapa Motherboard mereka seperti MSI MAG B560M Mortar Wifi.

MSI MAG B560M Mortar Wifi

Motherboard MSI

Ini adalah Motherboard MSI untuk Processor Intel Socket LGA1200 yang bersaiz M-ATX. PCB board Motherboard ini lebih tebal berbanding Motherboard yang lain kerana MSI lebihkan 2oz tembaga (copper) bagi mempertingkatkan konduktiviti Motherboard dari segi haba dan juga elektrik. Dengan cara ini,MSI dapat pastikan yang haba dapat disebar dan dibebaskan dengan luas dan cepat, serta elektrik dihantar secara sempurna ke semua kawasan.

MSI juga letak pelindung besi untuk Slot PCIE Graphic Card supaya dapat memberi perlindungan yang lebih. Mereka panggil feature ini sebagai Steel Armor.

Kemudian di setiap lubang screw, MSI buat ‘double ESD protection’ bagi memastikan tiada elektrostatik yang boleh merosakkan Motherboard mengalir masuk dari Casing.

Motherboard ini tawarkan 4 Header untuk kipas; CPU Fan, Pump Fan, Sys 1 Fan dan Sys 2 Fan. Juga 2 Header ARGB dan 1 Header RGB.

Kapasiti terbesar RAM untuk Motherboard ini ialah 128GB dengan kelajuan maksimum 5033Mhz . Kemudian pengguna boleh masukkan PCIE 4 NVME SSD di slot pertama dan 1 lagi NVME SSD di Slot PCIE yang ada di bahagian bawah.

Motherboard 1

Dari segi sambungan, untuk bahagian hadapan, Motherboard ini tawarkan 1 slot USB C, 1 slot USB A 3.0, 2 Header USB A 2.0 dan Audio Jack. Manakala untuk sambungan belakang, Motherboard ini tawarkan 4 USB A 3.0, 3 USV A 3.0, 1 USB C, HDMI Port, DP, Gigabit Lan Port, Wifi 6E dan Audio. IO Shield sudah pun lengkap dipasang dari kilang bagi memudahkan proses pemasangan.

 

SLOT USB

BAGAIMANA MSI SELESAIKAN MASALAH INTEL 10TH GEN DAN PCIE 4?

Untuk masalah PCIE 4 ini, MSI gunakan solusi Auto Switch untuk slot PCIE 4. Kalau pengguna mengunakan Intel 10th Gen seperti Intel Core i5-10500, slot PCIE 4 akan terus bertukar menjadi PCIE 3 dan boleh digunakan seperti biasa dengan speed PCIE 3. Jadi dengan ini, tiada slot SSD yang akan dibazirkan seperti kebanyakan Motherboard yang lain.

Ini adalah list untuk Motherboard MSI yang mempunyai feature Auto Switch atau tidak. Jadi, jika anda sedang menggunakan Processor Intel 10th Gen dan sedang mencari Motherboard , kami recommend anda beli MSI MAG B560M Mortar Wifi.

senarai

Penutup

Monaliza Berek 12

Nak beli printer? Nak beli powerbank ? Nak beli laptop? Jom kedai komputer Monaliza. Kalau pening tak tahu nak pilih model apa, staff kami sedia membantu anda. Jangan lupa scan MySejahtera, pakai pelitup muka, pakai hand sanitizer dan amalkan jarak sosial selamat ya.

Ramai kan yang masih tak tahu cara nak membeli di website Monaliza?

Website Monaliza : www.monaliza.com.my
PM Kak Mona Sekarang : http://m.me/monalizakb/
TELEGRAM Kak Mona : https://t.me/MonalizaOnline

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.