Kini, anda boleh dapatkan Illegear Arté 14 Night Edition di pasaran Malaysia. Penggunaan komputer riba ini menfokuskan untuk tujuan produktiviti kreatif, yang pastinya paling sesuai digunakan oleh Content Creator seperti pereka grafik, penyunting foto dan video. 

Ultra-fast Processors & Powerful Graphics Card!

Paparan Skrin Illegear Arté 14 Night Edition: Sumber gambar Facebook ILLEGEAR

Menariknya Illegear Arté 14 Night Edition ini, ia menggunakan 11th Generation Intel Core i7 processor dan cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX3050/3050Ti! Dinamakan Arté, komputer riba ini sesuai untuk Content Creator. Kad grafik yang digunakan ialah komponen paling penting untuk permainan, penyuntingan video dan pemaparan 3D.

Selesaikan semua tugas anda, sama ada ia melibatkan lapisan berbilang elemen reka bentuk, memaparkan model 3D yang kompleks atau mengedit kandungan 4K, arté mempunyai kuasa untuk melaksanakan kesemuanya dengan mudah.

(Illegear, 2022)

Illegear Arte Night Edition merupakan model komputer riba produktiviti terbaru dalam siri ini, dimana ia hadir dengan penawaran paparan skrin IPS bersaiz 14 inci sama yang hadir dengan kebolehan untuk memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB, disamping kadar segar semula 90Hz dan juga nilai kecerahan paparan setinggi 400 nit” (Amanz, 2022).

Dengan teknologi Illegear INFINIVISION, bazel untuk skrin Illegear Arté 14 Night Edition ini sangat nipis dengan nisbah 16:10. Resolusi Illegear Arté 14 Night Edition yang tinggi (2880×1800) menjadikan imejnya sharp dan warnanya lawa. Yang paling penting untuk seorang Content Creator SRGB-nya ialah 100%!

Gameplay Review: Illegear Arté 14 Night Edition

Sesuai untuk Gamers: Sumber gambar Facebook ILLEGEAR

Graf Gaming: Sumber Gambar Chanel YouTube Monaliza

Illegear Arté 14 Night Edition juga sesuai untuk Gamers. Anda boleh lihat klip gameplay menggunakan Illegear Arté 14 Night Edition di Chanel YouTube Monaliza. Berikut adalah review gameplay bermula minit ke-8.35, menggunakan Illegear Arté 14 Night Edition, untuk beberapa jenis gameplay antaranya:

  • 8:35 – Klip Gameplay Apex Legends Illegear Arte 14 Night Edition
  • 9:35 – Klip Gameplay Cyberpunk Mid Setting Illegear Arte 14 Night Edition
  • 10:35 – Klip Gameplay Dota 2 Illegear Arte 14 Night Edition
  • 11:35 – Klip Gameplay God Of War Illegear Arte 14 Night Edition
  • 12:35 – Klip Gameplay GTA 5 Illegear Arte 14 Night Edition
  • 13:35 – Klip Gameplay Valorant Illegear Arte 14 Night Edition

Spesifikasi Illegear Arté 14 Night Edition

Jom kita lihat spesifikasi Illegear Arté 14 Night Edition yang MANTUL ini!

Rekaannya Minimalist! : Sumber gambar Facebook ILLEGEAR

Sesuai dengan namanya, Illegear Arté 14 Night Edition INI, rekaannya cukup simple dan minimalist.

Logo Illegear diletakkan di belakang skrin.

Komputer riba ini hadir di pasaran dengan warna hitam ataupun dipanggil Night Edition

Illegear Arté 14 Night Edition: Sumber gambar Facebook ILLEGEAR

Illegear Arté 14 Night Edition yang sangat nipis dan sangat ringan pada berat 1.04 kg! Ketebalan peranti ini hanya sekitar 1.6 cm. Rekaannya cukup minimalist dengan Logo Illegear di belakang skrin. Pastinya, design Illegear Arté 14 Night Edition ini premium dan ringan kerana menggunakan Magnesium Alloy. Built-in Illegear Arté 14 Night Edition INI cukup solid walaupun ringan dan kecil. Ia adalah sebuah Ultrabook yang EXCLUSIVE! Secara fizikal, komputer riba ini kecil, jadi lebih senang untuk kita bawa ke mana-mana.

Keyboard komputer riba ini menyala dengan backlit berwarna putih. Touchpad Illegear Arté 14 Night Edition ini diperbuat dari kaca dan permukaannya licin.

“Precisionnya memang NGAM HABIS” (Encik Asraff Jeffery, 2022).

Illegear Arté 14 Night Edition menampilkan input output connection :

  • Di sebelah kanan ( Port Thunderbolt 4 USB Type-C, Port USB Type-A 3.1 Gen 1, Port HDMI 2.0 dan Port DC In).
  • Di sebelah kiri ( Port USB Type-C 3.1 Gen 2, Port USB Type-A 3.1 Gen 1, SD card slot, Port Combo Audio Jack).

Wireless Network Card: Sumber Website Illegear

Yang tiada ialah LAN port, cuma untuk ganti LAN port atau networking system dekat Illegear Arté 14 Night Edition ini, Illegear menawarkan WiFi Intel AX201. Jadi, dari segi sambungan internet tiada masalah.

Penutup

Pada pendapat kami, Illegear Artè Night Edition merupakan sebuah Ultrabook yang mampu milik dan wajib dibeli oleh Content Creator; contohnya pereka grafik, penyunting foto dan video. Tugas hakikinya cukup bagus untuk editing, rendering, edit gambar, video dan sebagainya. Rekaannya cukup nipis dan ringan dengan berat 1.04 kg, sesuai dibawa ke mana-mana!

Maklumat Lanjut Illegear Arte 14 Night Edition: https://shope.ee/9efCyM9Zcf

Beli Illegear Arte 14 Night Edition : https://shope.ee/9efCyM9Zcf

Kedai Rasmi Illegear Malaysia (Shopee) : https://shope.ee/10NEeU1Ym0

Kedai Rasmi Illegear Malaysia (Lazada) : https://invol.co/cla8jkr

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.