Hari ini saya nak kongsi cara mudah tukar dokumen PDF kepada Word yang boleh edit. Cara ini pastinya akan memudahkan kerja-kerja mengedit anda. Lebih menjimatkan masa dan tenaga anda apabila PDF ditukar kepada Word.

Portable Document Format (PDF) secara mudahnya boleh difahami sebagai format file yang digunakan untuk menyimpan dokumen tertentu dengan rincian berupa teks atau font, gambar dan bahkan format dokumen lain. Manakala, Microsoft Office Word, yang juga disebut Word, membolehkan anda membuat dan mengedit dokumen, laporan, surat, dan resume yang berkualiti.

CARA PALING MUDAH! TUKAR PDF KEPADA WORD GUNA WORD

Bagi saya cara INI paling mudah! Boleh dibuat secara offline walaupun anda tiada internet ketika menggunakan laptop, notebook ataupun komputer. Oh, Ya! Jika anda mencari laptop untuk kegunaan PdPR anak-anak mahupun kerja Work From Home (WFH). Untuk kegunaan Work From Office (WFO) pun boleh. Anda boleh beli laptop DISINI!

Huawei Matebook Laptop D15 Intel i3

JOM! Kita cuba cara @tiahsaupi INI untuk tips Cara Mudah Tukar PDF Kepada Word yang mendapat 88.8k likes.

Pertama, buka Word.

Kemudian, tarik je dokumen PDF yang anda nak tukar kepada Word.

Masukkan ke PDF ke Blank Document. Lepas tu, tunggu. Sekejap je, dah siap!

 

Selain itu, wikiHow.com juga berkongsi cara yang sama menggunakan Microsoft Word, untuk menukar PDF kepada WORD, di SINI.

Langkah Pertama: Cari PDF yang anda nak buka. Pergi ke lokasi PDF dalam komputer.

Langkah Kedua: Tekan right-click pada PDF.

Langkah Ketiga: Pilih Open with .

Langkah Keempat: Senarai pop-out akan keluar. Pilih Word.

Langkah Kelima: Klik OK bila prompted. (Akan membenarkan Microsoft Word membuka PDF sebagai dokumen Word.)

SIAP! Anda boleh edit dan tekan SAVE seperti biasa anda menyimpan dokumen Word.

Penutup

Kebanyakan keluaran terbaru Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint…) berupaya untuk menukarkan pdf ke jenis fail yang sama dengan aplikasi yang anda gunakan. Contohnya jika anda buka pdf dalam words ia akan automatik menukarkan fail tersebut ke bentuk words. Jika tidak berjaya anda boleh mungkin anda boleh upgrade ke versi Office terbaru. Nak tukarkan pdf kepada word  menggunakan Google Docs, edit terus dekat Google Docs untuk lebih efisien. Nak gunakan secara servis online pun boleh. Cuma, untuk dokumen penting, sensitif atau yang mengandungi data peribadi anda, ELAKKAN gunakan servis online untuk langkah berjaga-jaga.

Untuk info yang menarik dan terkini:

Jom join Channel Telegram Monaliza Online: https://t.me/monaliza_online

Beli Barang Komputer Online di Website Monaliza: https://monaliza.com.my

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.