MySejahtera digunakan secara meluas dalam penjejakkan kontak, selain menyimpan sijil vaksin. Kita sedia maklum aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Kini, MySejahtera telah dikemaskini dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan masing-masing. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) berkongsi berita baik menerusi ciapan twitternya, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera. Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.

(sumber)

 

“Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.”

Daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka. Pembaharuan yang dilakukan akan memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

KJ

“Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sebelum ini, aplikasi MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:

Status Kesihatan

Ini adalah contoh selepas kemaskini yang dilakukan oleh MySejahtera:

maukerja

(sumber: Luq’s, Maukerja)

“Status vaksinasi adalah penting kerana individu yang diberi vaksin sepenuhnya menikmati kebebasan yang lebih luas di bawah perintah sekatan yang dikuatkuasakan di seluruh negara.”

(Malaysiakini)

Menurutnya, paparan baharu itu akan menunjukkan status individu itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR mendaftar masuk di mana-mana premis.

Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. Bagi vaksin dos pertama, waktunya adalah 28 hari selepas vaksin diberikan. Ini bagi memberikan masa secukupnya agar imuniti vaksin menjadi matang.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan”.

Butang ‘daftar keluar/check-out’ juga disediakan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu, bertujuan meningkatkan pengesanan kontak. Langkah ini dijangka akan menambah-baik proses penjejakkan kontak, selain mengetahui sehingga waktu bila seseorang itu berada di lokasi berkenaan.

Pineng Powerbank PN983 Original 10,000mAh

[ Weekly Offer ] Pineng Powerbank PN983 Original 10,000mAh, beli DI SINI

NAK ‘Check-In’ MySejahtera untuk masuk premis/kedai makan/pasar raya tapi BATERI HABIS??
Dapatkan Powerbank Pineng PALING MURAH!
Berapa tu? Untuk 10,000mAh hanya RM30 sahaja. 
Semestinya ORIGINAL, ada WARRANTY tau, jangan risau ya!

Penutup

Penambahbaikan ini pastinya sangat bermakna kepada pengguna aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status risiko dan status vaksinasi mereka. Lebih memudahkan pengguna seperti pemilik premis mengetahui status vaksinasi dan tahap risiko pelanggan.

Monaliza Berek 12

Nak beli printer? Nak beli powerbank ? Nak beli laptop? Jom kedai komputer Monaliza. Kalau pening tak tahu nak pilih model apa, staff kami sedia membantu anda. Jangan lupa scan MySejahtera, pakai pelitup muka, pakai hand sanitizer dan amalkan jarak sosial selamat ya.

Ramai kan yang masih tak tahu cara nak membeli di website Monaliza?

Website Monaliza : www.monaliza.com.my
PM Kak Mona Sekarang : http://m.me/monalizakb/
TELEGRAM Kak Mona : https://t.me/MonalizaOnline

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.