Kali ini kami ada terima penghantaran istimewa dari OnePlus iaitu OnePlus Bud Z. Model kali ini berbeza sikit dari yang kami pernah review sebelum ini, sebab ianya lebih special ada kolaborasi dengan artis dari US iaitu Steven Harrington. Jadi kali ini kami akan kongsikan first impression kami berkenaan earbud ni. Jom !

ONEPLUS BUD Z STEVEN HARRINGTON EDITION

Siapa Steven Harrington ni? Kalau anda nak tahu Steven Harrington ni merupakan artis multimedia yang berada di US. Seni Steven Harrington ni ala-ala Mickey Mouse yang klasik tu. Dari segi packaging kotak earbud ni kita boleh nampak yang tema yang digunakan adalah warna teal dan lavender. Casing OnePlus Bud Z Edisi Steven Harrington ni menggunakan material dengan finishing jenis matte, bukan jenis glossy. Turut serta dalam kotak adalah kabel, earbud tips dan buku manual. Earbud tips tu juga mengikut tema warna kotak tadi, ada yang warna teal dan ada juga yang warna lavender.

CARA GUNA

Earbud belah kanan OnePlus Bud Z Steven Harrington Edition ni berwarna lavender manakala yang sebelah kiri berwarna teal. Pertama kali kami bukan penutup casing earbud ni ia terus detect di smartphone untuk dipadankan. Anda hanya perlu tekan pilihan padankan dan ia akan automatik connect. Ini dinamakan quick pair dan ia support dengan mana-mana model smartphone android. Untuk pengguna Iphone pula anda masih boleh guna earbud model ni tapi fungsi quick pair tu tiada.

KESELESAAN 

Kami dah test earbud ni memang sangat selesa. Meskipun kami dah goyang-goyang geleng-geleng earbud ni tetap maintain kekal tak jatuh dan tak tercabut. Jadi ia sangat sesuai untuk anda yang nak guna semasa jogging atau work out serta ia kalis peluh.

KUALITI AUDIO

Bagi kami untuk kebanyakan anda di luar sana anda akan suka dengan earbud ni. Sebab sound profile earbud ni dari segi bass memang nice, bukan jenis flat dan dalam masa yang sama tak menenggelamkan dari segi mid dan high, vokal yang akan anda dengar dari earbud ni pun sangat jelas. Jadi kalau anda nak dengar Podcast guna earbud ni pun memang sesuai. Kami juga ada test earbud ni untuk main game dan latency earbud ni sangat minimum, jadi untuk casual gamer earbud ni memang sesuai untuk anda. Untuk tengok YouTube pula, audio dan video tu in-sync dan latency tu boleh dikatakan hampir tiada.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan bagi kami sound profile untuk earbud ni sangat best. Jadi apa pula pendapat anda dengan earbud stylo macam ni? Nak beli atau tak?

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *