Kalau anda perasan konsep dan design TWS Earbuds hampir sama sahaja. TWS Earbuds biasanya datang dalam charging box, sama ada charging box tu jenis bulat, bujur atau empat segi. Anda kena buka dulu charging box tu baru jumpa earbuds tu. Tapi untuk kali ini TWS Earbuds yang Abe Cerah review agak berbeza dan pelik dari yang lain. TWS Earbuds ni tak datang sekali dengan charging box jadi Abe Cerah konfius sikit mula-mula tu macam mana nak buka erabuds ni. Rupa-rupanya earbuds ni anda kena pusing baru la dapat buka. Earbuds yang dimaksudkan adalah TWS Song X 0.6. Nak tahu lebih lanjut pasal earbuds unik ni? Jom !

SPESIFIKASI 

TWS Earbuds Song X 0.6 ni datang dengan 4 pilihan warna iaitu coral orange, midnight green, twilight black dan pearl white. Kesemua warna-warna yang ditawarkan memang nampak cantik dan premium.

Konsep boleh pusing pada earbuds ni dipanggil sebagai star ring yang mana ring tu seperti cincin yang kita guna. Ring di bahagian luar tu boleh dianggap sebagai cover dan bahagian dalam tu sebagai charging port. Di bahagian ring atau cover tadi terdapat tulisan menunjukkan jenama SONG X yang kelihatan sangat kemas manakala di bahagian belakangnya ada lubang port untuk Usb Type-C. Untuk Earbuds Song X 0.6 ni anda boleh cas menggunakan kabel jenis Type-C atau boleh juga cas secara wireless. Bila anda cas earbuds ni, bulatan kecil yang terdapat di bahagian tengah akan berkelip warna hijau. Jika anda nak cas menggunkan kabel, anda perlu pusingkan sedikit dan cucuk di port pada bahagian dalam. Jika anda cucuk di port pada cover ia akan tersangkut melainkan anda guna kabel Type-C jenis kecil sedikit. Walaupun earbuds tersebut dipegang secara magnet tapi kemungkinan untuk ia jatuh atau hilang tu tetap ada.

Design earbuds ni pun memang sangat premium dengan bahagian belakang earbuds ni terdapat logo X dan lambang ni akan menyala lebih-lebih jika anda pakai pada waktu malam atau tempat gelap memang lawa habis. Ini adalah jenis In-Ear Earbuds jadi ianya sangat selesa, memang fit masuk dengan telinga serta tak rasa sakit sepanjang menggunakannya. Earbuds ni hanya seberat 4 gram sahaja dan ia juga jenis waterproof jadi jika anda nak guna earbuds ni semasa hujan renyai-renyai pun tiada masalah.

BATERI 

Bateri untuk satu earbud ni adalah 40mAh dan mereka claim ianya boleh tahan sehingga 20 jam dengan adanya charging port. Earbuds Song X 0.6 ni memang terletak cantik dalam charging port secara magnet dan bila anda cabut ia akan terus pair dengan smartphone anda menggunakan sambungan Bluetooth 5.0. Step untuk padankan earbuds ini dengan smartphone anda juga sangat senang dan tidak rumit.

FUNGSI

Kedua-dua belah earbuds ni mempunyai fungsi yang sama dan hanya perlu double tap sahaja di bahagian belakang earbuds untuk play dan pause lagu, manakala tap 3 kali untuk ke lagu seterusnya. Untuk menerima panggilan pula anda perlu double tap juga, jika anda tap 3 kali bermakna anda reject panggilan tersebut. Kalau anda tap 3 kali sewaktu tidak mendengar lagu atau tidak menerima sebarang panggilan, anda akan dibawa ke voice assisstant.

KUALITI AUDIO 

TWS Earbuds Song X 0.6 ni memang diciptakan untuk sesiapa yang mencari earbuds untuk layan lagu dan layan movie. Bass earbuds ni memang sangat terbaik, sangat balance dan sangat harmoni sehingga anda boleh dengar setiap bait-bait lagu dengan sangat jelas. Jika anda tanya earbuds ni sesuai tak untuk gaming? Jawapannya tidak sesuai sama sekali kerana kemungkinan akan ada delay semasa anda bermain game.

KUALITI MIKROFON

Dari segi kualiti mikrofon pula bila jawab panggilan suara dapat didengari dengan kuat dan jelas. Tapi jika anda guna mikrofon earbuds ni untuk rakam video Tiktok atau Instagram ia akan jadi putus-putus, yang mana kadang-kadang ia jadi stereo dan kemudian bertukar jadi mono. Bagi Abe Cerah masalah ini tak sepatutnya berlaku pada earbuds ni sebab ia meggunakan sambungan Bluetooth 5.0.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan untuk review TWS Earbuds Song X 0.6 ini, konsep yang digunakan untuk earbuds ini sangat unik yang mana anda boleh pusing-pusing sambil hilangkan stress bagi menggantikan fidget spinner. Design earbuds ni memang premium dan fungsi basic untuk mainkan lagu dan jawab panggilan semuanya okay. Dari segi kualiti audio untuk dengar muzik dan layan movie juga terbaik, sama juga dengan kualiti mikrofon untuk menjawab panggilan.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *