PC Fair Kelantan 2017

pc fair kelate 2017

PC Fair Kelantan 2017 kini kembali. Di Monaliza KB Mall, tingkat 3. Pada tarikh 30 November 2017 hingga 2 Disember. Promosi dahsyat dan pecoh palo. Sebelum itu, saksikan video ini.

Kali ini PC Fair Kelantan membawakan pelbagai acara menarik. Antaranya:

1. Pertandingan E-Sports

Dua acara besar bakal berlansung. Pertandingan Dota 2 yang boleh diikuti secara live. Dan pertandingan Fifa 2017 kalah mati. Hadiah lumayan menanti pemenang.

2. MonaOjus

Abam Mexico akan berentap. Pertandingan ojus. Air, batu dan burung. Pemenang akan membawa pulang sebuah LED 29″ Monitor jenama LG. Waktu pertandingan adalah setiap kali selepas habis pertandingan dota.

3. MonaLelong

Dalam acara ini Kak Mona akan lelong macam-macam gajet IT. Lelongan akan bermula dari pelbagai harga. Bergantung kepada jenis barangan. Semuanya barang baru.

4. 500 Hadiah Percuma

Ini khas untuk pengunjung PC Fair Kelantan 2017. Kak Mona akan beri 500 hadiah percuma sepanjang 3 hari ini. Masa dan ketika akan Kak Mona umum semasa acara berlansung.

5. Diskaun Gila-Gila

Sepanjang tiga hari ini korang akan dapat harga gila-gila untuk macam-macam barang. Antaranya Pendrive 8GB akan dijual pada harga RM2 sahaja! Promosi ini terhad 100 unit sehari.

Kak Mona akan update page ini dari masa ke masa.
Ikuti FB Monaliza untuk berita panas!