Kebelakagan ini Mobile gaming sudah pun menjadi kegilaan orang ramai. Pelbagai mobile game yang berkualiti ada di PlayStore/App Store sekarang. Tambah pula, sebahagian mobile game ini dipertandingkan sebagai sukan eSport.

Malangnya bermain game di smartphone tidak begitu menyenangkan seperti bermain console nintendo suatu masa dahulu. Mujur ada alat bantuan seperti game controller dijual dipasaran boleh digunkan untuk smartphone. Harini saya akan review salah satu game controller wireless ini iaitu Wireless Bluetooth Game Controller keluaran VZTEC.

1. Packaging

Seperti produk VZTEC yang lain, ia datang dengan packaging berwarna biru & kelabu, kelihatan agak kemas.

Pada bahagian depan tertulis jenis peranti-peranti yang disokong oleh controller ini. Dan dibahagian belakang tertulis spesifikasi lengkap berserta gambaran susunan butang controller. Agak detail dan lengkap informasi dari packaging ini tidak seperti produk lain yang pada harga yang sama.

Terdapat bukaan pada kotak untuk melihat produk dalam keadaan sebenar. Bukaan ini boleh dibuka dan ditutup dengan kemas oleh magnet.

Selepas dibuka, terdapat cable micro USB serta manual bersama controller di sediakan didalam.

Manual yang disediakan cukup jelas dengan arahan pemasangan bersama gambar rajah. Sekali lagi pujian diberikan kepada VZTEC. Juga terdapat senarai game yang telah di sokong oleh game controller ini di dalamnya.

2.Spesifikasi

 

3. Reka Bentuk

Beginilah rupa game controller ini, layout butang agak standard; terdapat 2 analog serta D-pad bersama butang AXYB, susuan seakan controller dari konsol Xbox. Bukaan clip menyokong saiz smartphone sehingga 6 inci.

Kepada penggemar butang D-pad anda mungkin kecewa dengan layout ini kena kedudukanya berada dibawah tidak seperi contoller dari Playstation.

Di bahagian atas terdapat butang L1 & R1,  L2 & R2  pula betul-betul pada bahagian belakang. Kedudukan butang ini agak natural dan tidak berasa janggal sedikitpun pada hemat saya. Kualiti butang & analog nya agak bagus juga, namun tidaklah sebagus controller yang harga beratus tapi cukup bagus jika dibandingkan controller lain pada harga bawah RM50.

Controller ini diperbuat daripada plastik ABS, dan getah pada hujung batang analog. Dari segi berat pula, controller ini sangat ringan, dan ia satu perkara yang bagus kerana kebiasaanya smartphone akan diletakkan pada atas controller ini. Berat ini rigan ini menyebabkan anda akan tidak terganggu dengan masaalah controller yang berat semasa mengunakanya. Walau berat controller ini rigan, ianya turut hadir dengan motor gegaran (vibration motor).

Pada bahgian bawah terdapat suiz mod serta port micro USB untuk pengecasan. Malang sekali controller tidak dapat digunkan semasa mengecas, bermakna anda bergantung sepenuhnya pada kapasiti 300mA  bateri controller ini. Bateri ini dikatakan mampu bertahan selama 8-10 jam dan memerlukan 2 jam untuk cas penuh.

Dengan suiz mod ini anda dikehendaki menetapkan mod secara manual. Terdapat 3 mod, G-untuk Gamepad(Android), M-untuk Multimedia(jadikan controller sebagai cursor seperti mouse) dan I-untuk ICade (iPhone/iOS). Ini bermakna jika anda menggunakan iPhone anda perlu mengalihkan suiz ke mod I untuk berfungsi dengan betul.

Di bahgian tengah bersama label 1, 2, 3 dan 4 itu adalah lampu LED indikator menunjukan mod yang sedang digunakan, status pairing bluetooth, stauts pengecasan dan notifikasi lain seperti di tunjukkan dalam manual.

4. Kesimpulan

Pada harga bawah RM50 controller ini bukan sahaja mempunyai kualiti yang munasabah, malah menyokong pelbagai jenis peranti seperti Smartphone (Android & iOS), Laptop/PC (Windows & OSX), TVbox (Android TV) dan boleh digunakan bersama PSP. Bukan itu sahaja, kualiti dan susuanan butang juga adalah baik, tiada masaalah lenguh atau janggal semasa saya mengunakanya. Namun, hanya satu permintaan dari VZTEC supaya, membaiki design controller ini supaya menyokong sambungan USB atau charging semasa controller digunakan.

Kelebihan

  • Saiz yang kompak & ringan.
  • Multi platfrom (support hampir semua jenis peranti & permainan).
  • Layout susunan butang standard.
  • Datang bersama vibrator motor.
  • Harga yang mampu dimiliki.

Kelemahan

  • Tidak boleh digunakan semasa mengecas.
  • Charger perlu dibeli berasigan.
mm

Kak Mona

Kak Mona masih muda remaja. Umur rahsia. Setiap hari Kak Mona check PM di Facebook, tulis blog Monaliza dan layan komen-komen korang ❤

View all posts

1 comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *