Harini ini saya ingin berkongsi satu product yang boleh menukar skrin televisyen/monitor anda untuk menyokong Miracast iaitu ITWAY MiraScreen G2. Peranti ini berfungsi sebagai dongle untuk memaparkan paparan ke skrin melalui sambungan Wireless terus ke HDMI televisyen ataupun monitor. Alat ini tidaklah terlalu mahal seperti Android box kerana ianya tidak memerlukan system operasi mahupun hardware yang mahal untuk berfungsi. Semua peranti yang menyokong fungsi “cast “ataupun wireless display seperti Android, Windows 10 & IOS menyokong fungsi ini, namun bagi IOS anda perlu set ke tetapan ke mode AirPlay kerana IOS, menggunakan teknologi yang seditkit berlainan berbanding Miracast.

Perlu diingatkan bahawa Miracast dan nama peranti ini adalah satu identiti berbeza kerana, Miracast adalah nama yang diberikan untuk teknologi paparan HDMI tanpa wayar yang mematuhi standard, manakala dongle ini diberikan nama MiraScreen kerana fungsi untamanya yang menyokong Miracast, tetapi juga menyokong AirPlay untuk IOS dalam masa yang  sama (3 in One). Oleh sebab itu Miracast saya nak tekankan bukanlah nama peranti, sebaliknya nama teknogi wireless display seumpama kita memanggil Wifi pada wireless internet.

1. Packaging

Dari apa yang kita boleh lihat rupa packaging agak standard, dan memaparkan gambar peranti di bahagian depan serta icon yang menunjukkan system operasi dan servis yang disokong oleh peranti ini. Dari atas, adalah Youtube, PlayStore/PlayMusic, iOS, Android, Windows dan MacOS.

 

Seperti yang tertulis pada bahagian tepi kotak, MiraScreen menyokong resolusi sehingga 1080p (Full HD). Selain itu, peranti ini menyokong 3 jenis teknologi wireless display standard iaitu Miracast (Android, Windows Phone & Windows 10), AirPlay untuk IOS (Mac, iPhone & iPad) dan DLNA (konsol Playstation).  

Terdapat bukaan pada kotak bahagian depan untuk memaparkan langkah pemasangan dan menampakkan peranti yang berada di dalam. Bukaan ini dilengkapi dengan sebiji magnet yang  membolehkan ia dibuka dan ditutup dengan kemas.

Pada bahagian belakang kotak  sekali lagi tertera jenis perati yang disokong dan langkah pemasangan yang mudah. Juga tertera gambar grafik aksesori yang mungkin berada didalam.

2. Aksesori

Bersama peranti MiraScreen, kabel micro USB dan manual disertakan bersama.

Manual yang diberi datang dalam dua bahasa; bahasa English dan Mandarin. Kadungan manual ditulis dengan jelas dan mudah difahami serta lengkap dengar gambar.

Ini adalah satu-satunya aksesori yang diberikan bersama; satu cable USB standard ke microUSB, tetapi kabel ini sedikit berbeza kerana pada cable ini terletaknya antena WirelessDisplay & Wifi dihujungnya.

Tidak seperti Google Chromecast, nampaknya antena Wifi pada MiraScreen ini berada diluar peranti. Jadi jika anda kehilangan cable ini, mungkin menjadi satu msaalah.

3. Design

Beginilah rupa peranti MiraScreen ini. Dari segi bentuknya kelihatan seakan Google Chromecast. Tidak seperti Mirascreen versi terdahulu (MiraScreen G1), versi terbaru ini datang dengan cable HDMI yang terkeluar. Rekaan seperti ini adalah bertujuan untuk memudahkan ianya disambung ke sestengah televisyen/monitor yang memiliki ruang yang sempit pada bahagian belakang.

Dari segi kualiti binaan terasa agak rigan kerana keseluruan badan diperbuat daripada plastik. Terdapat satu manget pada hujung sambungan HDMI untuk memastikan kabel tidak bergerak semasa kita menyimpan peranti ini.

Dongle ini hanya memerlukan tenaga dari port USB untuk berfungsi, jadi anda boleh sambungkan kabel USB dari televisyen terus ke port MicroUSB pada MiraScreen kerana kebanyakkan TV yang dijual datang bersama satu port USB untuk tumbdrive. Selain itu, charger smartphone biasa juga boleh digunakan. Bersebelahan port micro USB terdapat satu butang untuk menukar salah satu dari 3 mod yang disokong.

4. Pemasangan

Kaedah pemasangan yang cukup simple, anda hanya perlu masukkan cable HDMI dan USB ke televisyen atau charger smartphone kalau televisyen itu tidak mempunyai port USB. Juga anda perlu sambungkan hujung kabel yang satu lagi pada bahagian port microUSB.

Pastikan TV telah disetkan untuk menrima input HDMI. Setelah beberapa saat akan keluarlah paparan seperti ini.

Paparan antara muka yang cukup jelas dan mudah dibaca. Pada bahagian atas kanan terdapat icon idikator yang menunjukan peranti telah disambungkan atau tidak. Seperti pada gambar diatas, mod IOS AirPlay diaktifkan secara default jadi anda perlu tekan butang pada peranti untuk tukar ke mod Miracast (android & windows).

Setelah anda menekan butang mod pilihan, skrin akan menunjukkan seperti gambar dibawah.

Pada smartphone android anda buka setting dan ikut seperti gambar animaasi gif dibawah ini. Jika ia meminta password/pin, masukkan password seperti yang tertera pada skrin tv anda.


Untuk cara pemansagan yang lebih detail, anda boleh tonton video dari kami dibawah ini:

5. Prestasi

Prestasi MiraScreen adalah seperti yang di jangka. Terdapat lengah masa  (delay) semasa kita melakukan sesuatu pada smartphone, jadi ianya tidak sesuai untuk dijadikan paparan untuk bermain game.

Walaubagaimanapun, peranti ini masih lagi mampu memaparkan kualiti video yang cemerlang pada resolusi 1080p (FullHD) 60hz. Tiada delay audio dapat dilaporkan setelah digunakan untuk memainkan video di Youtube. Kualiti audio juga baik, volume boleh dikawal pada smarphone anda seperti biasa, cuma audio akan dipindahkan pada televisyen sama seperti bluetooh speaker.

6. Kesimpulan

Dari apa yang dapat saya simpulkan – MiraScreen ini lebih sesuai untuk digunakan tujuan tertentu saja, kerana terdapat beberapa kelemahan yang ketara.

Kelebihan MiraScreen?

Disebalik beberapa kelemahan, MiraScreen antara solusi yang cukup murah untuk student/guru/pensyarah melakukan presentation. Bukan sahaja MiraScreen mudah di bawa kemana-mana, malah kita hanya perlu gunakan smartphone untuk mengawalnya. Tamabahan pula, tiada sebarang pemasangan software diperlukan kerana fungsi wireless display sudahpun disokong oleh kebanyakan system operasi masa kini (Windows 10 , Android, iOS).

Selain itu, MiraScreen boleh digunakan untuk berkongsi gambar-gambar bersama keluarga tersayang terus ke skrin yang besar tanpa memerlukan sebarang sambungan kabel. Anda bebas untuk beraada di mana-mana sambil mengawal paparan skrin televisyen. Menonton kandungan video dari internet dan melayari laman web ke skrin juga boleh dilakukan tanpa sebarang masaalah kerana paparan visual & audio langsung tiada cacat cela sejak kami lakukan review ini.

Kelemahan MiraScreen

Input Delay

Semasa anda melakuakan sesuatu pada skrin smartphone, ia akan mengambil masa hapir satu saat untuk skrin pada tv/monitor untuk papar perkara yang sama. Input delay ini adalah berpunca dari komponen MiraScreen yang agak perlahan untuk memintas bandwidth video FullHD.Input delay ini sebenarnya tidak menjadi masalaah jika anda hanya menggunakan untuk menonton video, tetapi akan bagi kesan apabila anda bermain game. Kelemahan ini yang menghalang dari MiraScreen mengantikan android box yang dijual dipasaran. Cukup munasabah kerana androidbox 4-5 kali lebih mahal dari dongle MiraScreen ini.

Miracast vs Google Chromecast

Seperti kita tahu, MiraScreen ini mengunakan koneksi Miracast untuk berfungsi. Miracast berfungsi dengan cara memaparkan paparan wireless serentak pada smartphone dan televisyen. Ini bermakna juga anda mematikan skrin pada smartphone anda, sekaligus paparan pada skrin tv/monitor juga gelap.

Berbeza dengan Google Chromecast, anda boleh terus menonton kadungan dari dalam smartphone ke tv tanpa perlu skrin dihidupkan. Juga, kita boleh jadikan smartphone sebagai remote untuk jalankan fungi lain, sambil memaparkan visial.

Sekatan HDCP pada Netflix

Jika anda mengunkan Netflix untuk menonton video malang sekali, MiraScreen tidak dapat digunkan kerana aplikasi Netflix menyekat peranti ini dari berfungsi. Ini kerana aplikasi Netflix menyekat sebarang peranti yang tidak berdaftar sebagai senarai putih dengan piawaian HDCP (High-bandwidth Digital Content Protocol); bermakna semua peranti yang tidak menyokong Netflix secara rasmi akan disekat dari pada menggunkannya.

Sekatan HDCP ini tidaklah terlalu teruk sebenarnya, kerana anda masih lagi boleh mengunakan servis video strim lain tanpa sebarang masaalah.

Kelebihan

  • Menyokong resolusi video sehingga FullHD 1080p
  • Kualiti video yang baik
  • Harga mampu milik

Kekuragan

  • Input delay (tidak sesuai untuk bermain game)
  • Tidak menyokong Netflix

 

mm

Kak Mona

Kak Mona masih muda remaja. Umur rahsia. Setiap hari Kak Mona check PM di Facebook, tulis blog Monaliza dan layan komen-komen korang ❤

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *