Apacer bukanlah nama yang asing dalam industri pembuatan produk berasaskan flash memori seperti RAM, SDCard dan SSD. Jika anda sedang mencari SSD (Solid State Drive) yang murah pasti pernah terjumpa SSD dari Apacer ini. Dibawah siri Panther, SSD Panther AS340 hadir dengan rupa yang agresif berbanding pesaing dalam kelasnya.

Packaging

SSD ini datang dalam packaging plastik yang kelihatan murah. Packaging macam ini biasa kita lihat pada SDCard, USB thumb drive. Ini mungkin salah satu langkah penjimatan kos dari Apacer. Tiada sebarang manual mahupun aksesori tambahan diberikan.

Kekurangan ketara packging seperti ini adalah pengguna tidak dapat menyimpan semula SSD yang telah dibuka dari plastik. Apacer claim bahawa SSD ini 20 kali pantas dari HDD tradisional dari apa yang dapat dilihat pada belakang packaging ini, mari kita lihat adakah claim dari Apacer ini adalah tempat atau sebaliknya.

Pada bahagian depan, Apacer AS340 Panther SSD datang dengan design corak harimau kumbang dengan penjenamaan Panther pada bahagian tengah yang berwarna emas. Binaan SSD kalau pegang memang terasa murah kerana kerangka dibuat daripada plastik tidak seperti SSD dari pesaing Kingston A400.

Pada bahagian belakang pula, terdapat stiker yang memaparkan informasi mengenai Serial Number,  kapasiti dan amaran waranti tamat jika anda membuka casing SSD. Pada bahagian connector SATA terdapat satu penutup getah yang perlu dibuka sebelum pengguna ingin memasangnya. Cover getah ini jarang dilihat pada SSD sekarang, tambah pula pada harga ini.

Spesifikasi

Dengan kemampuan sehingga 550MB/s read dan 500MB/s write di atas kertas SSD ini memang setanding dengan SSD keluaran pesaing pada harga yang sama. SSD pada harga ini menjadi kebiasaan kita lihat chip TLC Nand digunakan jadi tidak ada perkara yang mengejut kan pada SSD ini. Seperti biasa, warranti yang diberikan adalah 3 tahun sahaja seperti SSD yang lain pada harga ini.

Bechmark

CrystalDiskInfo

CrystalDiskInfo bukan lah program untuk bechmark tapi sangat berguna jika anda hendak melihat suhu, tempoh hayat, dan spesifikasi SSD itu.

Seperti yang diramalkan, semua kelihatan normal dari sini.

CrystalDiskMark

Mula-mula sekali saya test dengan program CrsytalDiskMark, antara program yang paling popular digunakan untuk bechmark SSD & HDD.

Jika kita compare hasil benchmark ini dengan 550MB/s Read, 500MB/s yang apacer claim dalam website mereka memang agak tepat kecuali write speed yang agak perlahan jika dibandingkan dengan 500MB/s write speed yang mereka nayatakan. Namun, perkara ini bukanlah isu yang besar memandangkan Read speed lagi penting untuk kegunaan sistem operasi (OS) harian.

Bila dilihat dari bacaan 4K random read/write Apacer AS340 agak perlahan jika dibandingkan SSD lain yang ada diparasan seperti mana sudah dijangka SSD berasaskan TLC Nand sememangnya bukalah atara yang terpantas.

HD Tune

Tidak seperti CrytalDiskMark, HD Tune memaparkan keputusan bechmark yang lebih detail dari segi read & write speed. Dengan HD Tune kita dapat lihat purata read/write speed melalui graph.

Seperti yang kita dapat lihat diatas, Apacer AS340 menunjukkan bacaan purata yang agak kurang stabil. Namun bacaan purata yang paling konsistent kita dapat lihat adalah pada 340MB/s; agak kurang tinggi jika dikutkan dengan standard SSD pada hari ini, namun tidaklah sangat mengecewakan.

Memahami Bechmark

Sebelum kita terus pergi pada kesimpulan, marilah kita memahami dahulu maksud-maksud benchmark di atas serta istilah-istilah yang biasa digunakan. Sebagai contoh apakan maksud 4K, read speed, write speed, seqential speed, random speed dan banyak lagi. Kita anda masih keliru atau kurang memahami istilah ini bolehlah anda baca penjelasan dibawah:

Read & Write Speed

Read speed bermaksud secepat mana kita membuka fail yang ada dalam storan itu. Manakala, Write speed masa yang diambil untuk kita memasukkan fail kedalam storan itu.

Sequential read/write

Ini adalah maklumat yang biasa pengilang SSD keluarkan untuk tujuan marketing/pengiklanan. Sequential read & write speed hanya menunjukkan kelajuan berapa laju anda mampu memindahkan satu fail yang besar. Sebagai contoh satu video berukuran 1GB, mampu dipindahkan pada kelajuan 550MB/s pada SSD, 550MB/s inilah dikatakan Seqential write speed.

4K random read/write

Tidak seperti 4K yang biasa kita dengar untuk menunjukan resolution video atau paparan, 4K random read/write ini memaparkan berapa laju SSD itu mampu memindahkan fail-fail bersaiz kecik contoh macam fail-fail program dari system operasi Windows. Hasil result 4K random inilah yang menentukan tahap responsif satu SSD itu penting untuk kelancaran multi-tasking.

Mana Yang Lagi Penting?

Sebenarnya ia bergantung pada tujuan anda sama ada ingin menggunakan SSD itu untuk System operasi contoh Windows, ataupun hanya menggukan SSD sebagai storan simpanan fail peribadi, video, musik, atau games.

Jika anda ingin menggunakan SSD hanya untuk tujuan sebagai boot drive ataupun C:\ drive, maka bacaan bechmark 4K random read/write lagi penting. Manakala, jika SSD itu digunakan sebagai cache drive, ataupun storan simpanan sementara untuk tujuan video editing supaya masa mengimport fail-video bersaiz video besar pendek, jadi sequential read/write perlu diutamakan.

Apacer Panther AS340 SSD Bagus Ke?

Pasaran SSD SATA begitu besar pada hari ini, terdapat banyak produk SSD dijual dipasaran dan menyebabkan pengguna sukar untuk memilih SSD yang mana sesuai untuk mereka. Satu-satunya cara untuk membuat keputusan adalah dengan membandingkan SSD dengan satu sama yang lain. Sebagai contoh harini saya nak bandingkan Apacer AS340 dengan SSD yang paling banyak persamaanya. Salah satunya adalah Kingston A400 120GB. Berikut adalah hasilnya:

Jika dibandingkan dengan pesaing Apacer Panther AS340 ini tidak lah jauh perbezaanya. Malah, SSD dari Apacer lagi laju dari segi read speed nya berbanding Kingston cuma random write speed sedikit perlahan dari Kingston. Jadi, SSD dari Apacer tidaklah yang terburuk dalam sejarah, sebaliknya lebih bagus dari pesaing dari segi read speed nya.

Kesimpulan

Secara ringkasnya – Apacer Panther AS340 ini berbaloi jika nak dibandingkan performance & harga. Sudah tentunya ia bukanlah SSD terpantas di pasaran namun ia adalah satu penyelesaian masalaah yang bagus bagi laptop ataupun PC yang masih lagi menggunakan HDD tradisional sebagai boot drive. Ternyata claim dari Apacer menyatakan SSD 20 kali lagi pantas dari HDD adalah tepat.

Kelebihan:

  • Read Speed yang tinggi
  • Harga yang rendah, sesuai untuk PC builder yang baru

Kekurangan:

  • Sequential Write sedikit perlahan dari pesaing
  • 4K sequential read lemah
mm

Kak Mona

Kak Mona masih muda remaja. Umur rahsia. Setiap hari Kak Mona check PM di Facebook, tulis blog Monaliza dan layan komen-komen korang ❤

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *