Artikel kali ini khas buat anda kaki gamers yang tercari-cari dan tertanya-tanya ada tak gaming monitor yang mampu milik tapi terbaik !

Semestinya ada dan salah satunya yang akan kita ulas kali ini adalah Gaming Monitor Acer ED242QR.

Apa yang menariknya Gaming Monitor Acer ED242QR ni?

1) Saiz

Acer ED242QR ini bersaiz 24 inci dengan resolusi Full HD. Aspek ratio monitor ini sama seperti kebanyakan monitor lain iaitu 16:9.

2) Design

Acer ED242QR didatangkan dengan reka bentuk yang simple dan tidak menampakkan tema gaming seperti gaming monitor yang kebiasaan terdapat di pasaran. Tapi yang uniknya monitor ini berbanding yang lain adalah ia berbentuk melengkung (curve). Di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan monitor ini kelihatan seolah-olah terdapat 2 unit speaker tetapi sebenarnya dummy.

3) Material

Acer memilih plastic glossy untuk bezel, panel jenis VA dan kaca jenis anti-glare. Bezel monitor ini tidak tebal dan tidak juga nipis iaitu 8mm. Stand monitor juga diperbuat daripada plastik tetapi base di dalamnya terdapat besi untuk menyokong monitor ini jadi ia lebih berat, kukuh dan stabil apabila diletakkan di atas meja.

4) Input & Output Panel

Monitor Acer ED242QR ini mempunyai HDMI port, DVI port, display port, audio in dan audio out.

5) Butang

Butang untuk navigasi monitor ini ada di belakang monitor sebelah kanan dan jenis tombol. Cara untuk navigasi dan ubah setting monitor ini sangat senang dan boleh dikatakan user friendly.

6) Warna

Warna yang terhasil dari monitor ini sememangnya cantik dan boleh mencecah sehingga 16.7 juta warna. Kecerahan untuk monitor ini ialah 250 nit dan backlight yang digunakan jenis LED.

7) Refresh Rate

Apa yang menyebabkan monitor ini layak dipanggil monitor gaming adalah kerana refresh ratenya 144Hz dan ia menggunakan AMD FreeSync Technology.

8) Filter

AcerED242QR ini didatangkan dengan blue light filter dan juga anti-flickering untuk penjagaan kesihatan mata pengguna.

Gaming Monitor Acer ED242QR ini boleh dimiliki pada harga bawah dari RM800 sahaja !
Macam mana? Berbaloi tak untuk dimiliki?

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.