Melombong BitCoin menjadi fenomena apabila harganya mencecah lebih RM12,000 per unit.

BitCoin merupakan matawang digital yang sah digunakan untuk membeli kebanyakan barang termasuk produk Microsoft.

Jadi jangan bimbang jika ada orang kata BitCoin hanyalah satu konspirasi atau spekulasi untuk merancakkan ekonomi dunia yang makin teruk kerana anda boleh cairkan BitCoin menjadi tunai ataupun produk.

Ya, anda boleh cairkan BitCoin menjadi duit sebenar pada bila-bila masa jika anda bimbang BitCoin adalah satu penipuan (scam).

Dalam post kali ini,saya akan berkongsi mengenai perkara asas tentang melombong BitCoin seperti bagaimana mahu bermula (hardware apa yang diperlukan), software apa yang digunakan, bagaimana ingin setup software tersebut,perkara-perkara asas tentangnya dan yang paling menarik,bagaimana anda boleh membuat duit dengannya.

Ingat, semua software melombong Bitcoin ialah PERCUMA.
Apa yang anda perlu bayar ialah hardware komputer sahaja.

Ayuh mulakan bacaan,anda pasti terkejut betapa senangnya melombong BitCoin dan saya pasti artikel ini berbaloi untuk dibaca! (Gambar disediakan bagi memudahkan pembaca faham)

Mula Melombong bitcoin
software bitcoin
dompet digital
cara sambung dompet digital dan bitcoin
anggaran duit bitcoin
tukar bitcoin kepada duit
larangan bitcoin
bonus bitcoin

Bagaimana Mula Melombong BitCoin?

Jika anda ada komputer yang mempunyai Graphic Card dan sambungan Internet yang stabil, anda sudah boleh mula melombong!

Namun perkara yang perlu diambil kira ialah berapa banyak elektrik yang akan digunakan oleh Graphic Card untuk melombong.

Adakah ianya berbaloi dengan pendapatan mingguan anda?

Ya, semua Graphic Card boleh digunakan untuk melombong tetapi adakah hasil perlombongan itu lebih tinggi daripada kos melombong itu sendiri?

Ramai daripada rakan-rakan saya mengira 6 bulan untuk mendapat pulangan modal untuk Hardware yang digunakan dan  formula yang digunakan untuk mengira pendapatan mereka ialah seperti berikut;

Hasil Lombong – Bil Elektrik – (Kos Hardware/6) = Keuntungan

*6 bermaksud 6 bulan

Katakan hasil lombong RM1,000 sebulan,
bil elektrik RM200,
kos Hardware ialah RM4,200.

Jadi,keuntungan yang akan didapati secara kasar untuk bulanan ialah;

RM1,000 – RM200 – RM700 = RM100

Ini merupakan kiraan kasar dan secara mudah.
Ada cara lain untuk melihat bagaimana caranya untuk membuat duit dengan melombong BitCoin.

Saya kongsikan pada perenggan seterusnya.


Software Melombong Bitcoin

Selepas anda sudah bersedia dengan Graphic Card dan sambungan Internet, download software pelombong ataupun lebih senang kalau kita panggil ianya sebagai ‘pelombong’ kerana software ini akan membantu kita melombong.

Disebabkan BitCoin semakin sukar untuk didapati, apa yang orang ramai buat sekarang ialah melombong matawang digital lain dan tukar kepada BitCoin.

Dalam artikel kali ini,saya akan kongsikan bagaimana kita melombong untuk matawang Ethereum dan ditukar secara automatik kepada BitCoin.

Software yang akan kita guna ialah NiceHash Miner dan kaedah yang digunakan dikenali sebagai Dagger Hashimoto. Untuk download Software ini, sila klik link di bawah;


Download NiceHash Miner

Sekarang anda sudah ada software untuk melombong tetapi anda masih belum bersedia untuk melombong.

Baca bab seterusnya.


Dompet Digital : Luno

Untuk sambungankan pelombong kepada dompet, anda perlu ada dompet digital.
Senang cerita, daripada lombong, pelombong akan masukkan hasil lombong ke dalam dompet anda.

Kemudian anda akan uruskan proses jual beli untuk hasilkan duit anda sendiri.

Untuk tujuan ini,kita akan gunakan dompet digital yang diberi nama Luno.
Boleh download untuk iPhone dan juga Android.


Klik di sini untuk ke laman Web Luno

Langkah ini paling kritikal kerana ia memastikan anda dapat duit anda.

Daftar dompet digital anda menggunakan email utama dan pastikan password tidak diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan akaun digodam.

Ini ialah page utama Luno;

Di bahagian kiri atas, nama dan email anda akan dipaparkan.
Di bahagian tengah ialah berapa bitcoin terkumpul yang anda ada.
Manakala di bahagian kanan atas(tidak dapat dilihat dalam gambar), adalah harga semasa BitCoin dengan nilai matawang Malaysia.


Cara Sambungkan Dompet Digital dengan Pelombong

Selepas sudah ada dompet digital, kita sudah boleh masukkan hasil lombong ke dalam dompet kita.

Caranya cukup mudah, pilih Account di bahagian kiri Luno dan anda akan dibawa ke page di bawah;

Klik view account di BTC Account untuk dapatkan address dompet digital anda.

Address akan berada di bawah label seperti gambar di bawah.

Perlu diingat, address ini yang akan sambungkan pelombong (NiceHash) dengan dompet (Luno), jadi anda WAJIB pastikan address yang sama ditulis di NiceHash.

Jika tidak, seolah-olah Graphic Card anda sedang melombong untuk orang lain.
Sifu saya paksa untuk ingat address ini walaupun panjang dan rumit.

Selepas sudah ada Dompet Digital dan Address, sekarang anda sudah boleh buka Software NiceHash Miner.
Setuju dengan semua terma dan kondisi yang ditetapkan, pilih server yang paling hampir dengan anda.
Sebagai contoh, saya pilih Jepun kerana saya berada di Malaysia dan server Jepun paling hampir dengan Malaysia.

Di bahagian Bitcoin Address, tulis balik Address Luno tadi.
Kemudian jalankan benchmark dulu sebelum bermula.

Anda boleh pilih standard.
Ini sebagai langkah untuk pastikan tiada apa-apa masalah yang berlaku ketika melombong.

Selepas selesai proses Benchmark dan tiada masalah yang timbul, kini anda boleh mula melombong, yeay!

Klik Start dan Graphic Card anda akan mula melombong.

Apabila klik Run, 1 Command Prompt akan keluar dan itu tandanya Graphic Card anda sedang melombong.

Di bahagian yang saya highlight pada gambar di bawah merupakan kadar lombongan.
Lagi tinggi kelajuan di sini, lagi banyak hasil yang diperolehi.


Anggaran Pendapatan Bulanan

Seperti saya tulis di awal artikel, melombong BitCoin ini sangat senang.

NiceHash telah memudahkan kita semua untuk mengira dan memberi anggaran pendapatan bulanan daripada hasil melombong ini.

Caranya, pergi laman sesawang NiceHash, cari pilihan ‘Miners/Sellers’ di bahagian kanan atas dan pilih My Miner seperti gambar di bawah;


Klik di sini untuk ke laman sesawang NiceHash

Kemudian masukkan address Luno di ruangan Find My Miner, klik Find.

Selepas itu, satu report seperti di bawah akan keluar.

Di bahagian atas ialah alamat Luno anda dan di bahagian bawah ialah congakan pendapatan anda.
Di bahagian kanan seperti yang saya highlight ialah congakan berapa pendapatan sebulan anda.

Namun perlu diingatkan,pendapatan ini berdasarkan harga BitCoin dan kadar perlombongan.
Ada kemungkinan bila anda refresh windows, congakan ini berubah.

Samada harga BitCoin berubah ataupun kadar perlombongan berubah.
Kedua-duanya akan memberi kesan kepada anggaran pendapatan anda.

Walaupun sudah seharian melombong, dompet Luno anda masih kosong walaupun di NiceHash Report, unpaid balance sudah ada beberapa USD.

Hal ini kerana NiceHash tidak kreditkan hasil lombongan secara harian, sebaliknya boleh rujuk di report sebelah kanan ‘Est. next payout time’.

Itu merupakan anggaran tarikh hasil lombongan dikredit masuk ke dalam dompet digital anda.


Bagaimana Tukar BitCoin Menjadi Duit?

Rasanya bab ini yang paling ramai tunggu-tunggu.
Ya lah, sudah ‘letih’ melombong, bila mahu tuai hasil?

LOL.

Caranya cukup senang, anda boleh jual-beli hasil pendapatan BitCoin tadi di dompet digital; Luno.

Di Luno, anda boleh pindahkan duit Malaysia ke akaun Maybank, CIMB atau bank lain.

Perlu diingat, ada servis caj dikenakan namun tidaklah banyak.
Hal ini boleh dibuat di menu Withdraw dan setkan akaun bank anda.


BONUS : Cara Lain Buat Duit Dengan BitCoin

Selain keluarkan duit dan berjoli sakan, salah satu cara lain untuk buat duit dengan melombong ialah;

Menjual BitCoin ketika harganya mahal
dan membeli balik ketika harganya murah.

Jual-Beli ini tidak berlaku secara tunai, sebaliknya digital.

Hasil lombongan NiceHash tadi dalam bentuk BitCoin.
Jadi gunakan hasil ini untuk dijadikan modal asas dan berpandukan graf yang disediakan.
Jual ketika BitCoin mahal (BitCoin bertukar menjadi Ringgit), kumpul ringgit dan beli balik ketika harga BitCoin jatuh.

Secara kasar, ini yang saya maksudkan;

Katakan hasil lombongan kita ialah 1 BitCoin bersamaan dengan RM12,000.
Lalu kita jual 1 BitCoin.
Maka dalam akaun Luno, kita akan ada RM12,000.

Tiba-tiba harga Bitcoin jatuh dari RM12,000 per unit menjadi RM10,000.
Ketika ini, kita beli balik 1 unit BitCoin dengan harga RM10,000 dan kita sudah untung RM2,000.

Cara baca graf BitCoin tidak susah seperti graf Forex, rasanya semua orang boleh cuba.


LARANGAN : Jangan Ketagih!

Siapa tak gembira, keluar rumah kerja, pasang PC di rumah untuk lombong dan balik kerja dapat duit tambahan RM100 sehari?

Percayalah, melombong BitCoin akan membuat anda ketagih dah teruja.
Pagi tadi buka NiceHash, congakan harian 10 USD,
malam ini buka 30 USD (seperti saya terangkan, berubah kerana nilaian BitCoin dan juga kadar perlombongan).

Sama juga dengan congakan pendapatan bulanan, pagi tadi RM500 sebulan,
malam ini tiba-tiba jadi RM1,000.

Akhirnya rambang mata,tambah hardware lagi!

JANGAN!

Perlu diingatkan bahawa BitCoin merupakan Crypto Currency ataupun wang digital dan ianya tidak se-stabil matawang kita seperti Ringgit, USD ataupun Rupiah.

Pada bila-bila masa sahaja, harganya boleh merudum kepada tiada nilai.

Ya,tiada nilai!

Saya nasihatkan supaya tidak tamak.
Buat pengiraan yang betul dan pastikan balik modal hardware dahulu baru tambah hardware baru.

Beringat sebelum kena, itu lebih baik beringat selepas kena.


Penutup

Saya akan kongsikan pada artikel seterusnya bagaimana untuk laraskan Graphic Card supaya dapat jimatkan elektrik dan dapatkan kadar perlombongan yang maksimum.

Juga bagaimanakah Setup RIG Mining yang terbaik dan pemilihan Hardware.

Adakah betul melombong BitCoin boleh menjana pendapatan?

Itu bergantung kepada bagaimana anda melihatnya.
Ada banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mula melombong sebagai contoh;

  • Adakah pendapatan bulanan berbaloi dengan kos Graphic Card dan Bil Elektrik?
  • Bagaimana kalau Graphic Card anda rosak?
  • Bagaimana kalau Power Supply meletup?
  • Bagaiamana kalau harga Crypto Currency tibat-tiba jatuh dan hangus?
  • Bagaimana kalau Kerajaan mula meletakkan Gateway untuk melombong?

Nasihat saya, bersederhanalah jika anda ingin melombong.

Pastikan anda dapat pulangan modal sebelum tambah hardware.
Cuba dulu dengan 1 atau 2 Graphic Card.
Kemudian apabila betul-betul berbaloi, boleh tambah lagi Graphic Card dan juga PC.

Jangan gelojoh, ingat,orang tamak selalu rugi!

Jika anda berminat untuk membeli PC Mining (untuk permulaan),
klik gambar di atas ataupun PM kami di Facebook Monaliza.

 

mm

Wan Asraff

View all posts

15 comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Salam 1bitcoin 😛

    Baru2 ni ada terbaca dalam satu website yang mengatakan semakin tinggi teknologi minning, semakin susah nak dapatkan bitcoin. Kalau beberapa tahun kebelakangan ni nak minning guna GPU mungkin berbaloi.

    Baca sini lah:
    Bolehkah Mining Bitcoin Guna PC atau Mobile Phone?

    Hari ini, jawapan yang mudah kepada soalan itu adalah ‘tidak’. Mining Bitcoin dilakukan dengan perkakasan yang direka dan dibina khusus untuk tujuan itu (lihat ‘Mining Hardware’). Apabila rangkaian Bitcoin yang hanya mempunyai sedikit peserta sahaja, ia adalah mungkin untuk menjana Bitcoin baru pada desktop asas atau laptop CPU. Tetapi kerana bilangan peserta meningkat dan jumlah kuasa rangkaian itu meningkat, CPU boleh menjana sedikit dan akhirnya tiada coin baru dapat di mining. CPU yang membentuk teras sistem desktop dan mudah alih, tidak kira berapa kuat, tidak direka untuk mengendalikan kerja matematik berulang-ulang untuk permintaan mining Bitcoin (lihat ‘Proof of Work’).

    Selepas CPU berlalu, penciptaan Bitcoin baru telah dilakukan oleh rig mining yang dibina
    berdasarkan kad video (GPUs). Pada akhir 2013, namun, chipset dioptimumkan untuk mining
    Bitcoin baru keluar di pasaran (dipanggil ‘ASIC’) dan telah meningkat sejak itu. Hari ini,
    mesin berasaskan ASIC hanya mampu melakukan mining Bitcoin sahaja dalam apa-apa cara yang bersesuaian.

    Untuk maklumat lanjut mengenai mengapa mesin dahulu tidak boleh digunakan, lihat ‘Hashrate’ dan ‘Bitcoin Mining Difficulty’.

    Sumber; http://www.sifubitcoin.com/apa-itu-mining-bitcoin/

  • Assalamualaikum
    Andaikata saya ingin bermula dengan ASIC di mana saya boleh dapatkan maklumat berkenaan.
    Kata org dulu2 kalau nak pergi bermain – bermainlah dengan bersungguh-sungguh. Tp nak kena ada ilmu dulu hahaha.. x berani terjun tiruk ni